MBKT gagal jelaskan tuntutan elaun pekerja

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) didakwa gagal menjelaskan bayaran tuntutan elaun lebih masa kepada lebih 300 kakitangan terutama pekerja am dan pemandu sehingga tertunggak sejak September tahun lalu. Berikutan kegagalan itu, lebih 150 pekerja am pihak berkuasa tempatan (PBT) itu terpaksa membuat pinjaman peribadi dengan institusi kewangan dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad kerana gaji yang diterima tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi. Difahamkan, jumlah tuntutan elaun lebih masa yang belum dijelaskan MBKT tertunggak sejak September tahun lalu mencecah antara RM1,500 dan RM3,000. Seorang pekerja…

Read More

Sultan Abdullah lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16

Allahuakhbar !!!   Daulat Tuanku !!! Daulat Tuanku !!! Daulat Tuanku !!!   Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.   Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.   Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13…

Read More

ECRL: UMNO Terengganu Gesa Kerajaan PH Hentikan Sikap ‘Kluk-Klek’

KUALA LUMPUR, 31 Jan – UMNO Terengganu berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak ‘kluk klek’ dalam membuat keputusan berhubung pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Timbalan Pengerusinya, Datuk Din Adam berkata sikap ‘kluk-klek’ berhubung perkara tersebut amat-amat mengecewakan kerana pembinaan ECRL bakal memberi limpahan ekonomi dan manfaat yang cukup besar terhadap penduduk di Pantai Timur khususnya di Terengganu. Justeru tegasnya cukup-cukuplah berpolitik sebaliknya mengambil langkah susulan yang tuntas dan membuat pertimbangan secara menyeluruh dan bukannya membuat kenyataan yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain. “Rancang dan fikirlah secara…

Read More

Karyawan Rai 150 Penggiat Seni Sempena Syawal

Seramai 150 penggiat seni diraikan dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) baru-baru ini. Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata, “Secara keseluruhan kami berjaya mengumpul sebanyak RM5,000 untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan ahli Karyawan sempena majlis ini.” Beliau memberitahu Bernama ketika ditemui pada majlis itu di Hotel Adamson Sabtu lalu. Turut diraikan ialah anak-anak yatim dari Pusat Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan KL dan Selangor. Pada majlis berkenaan, kumpulan artis wanita Malaysia di bawah pimpinan penyanyi Datuk Yusni Hamid, terdiri dari Rozita Rohaizad, S. Mariam…

Read More

PRU14: PM Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi, Petugas

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi dan petugas pilihan raya yang menunaikan tangggungjawab masing-masing pada pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini. Ucapan serupa turut ditujukan perdana menteri kepada mereka yang bertugas menjaga keselamatan. “Terima kasih kepada semua pengundi yang turun menunaikan tanggungjawab, petugas pilihan raya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan penguat kuasa keselamatan yang memastikan proses (pengundian) berlangsung dalam keadaan aman,” kata Najib menerusi laman Twitter rasmi beliau. Proses pengundian PRU14 bermula 8 pagi tadi di 8,253 pusat mengundi seluruh negara.…

Read More

#PRU14Terengganu : Ibu Dalam Pantang Keluar Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Pemilih

Nurul Ain Dato’ Khalid  yang masih berpantang  baru 10 hari (anak kedua)  bersama  suami  Wan Mohd Tarmizi Wan Jusoh  sempat mengundi  di sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Razali , Kuala Terengganu untuk  DUN BATU BURUK (N16). Beliau antara pengundi yang menetap di luar Terengganu kerana tuntutan pekerjaan . Pasangan ini baharu sahaja tiba di pusat pengundian jam 4.10 petang dan terus menunaikan TANGGUNGJAWAB mengundi sebagai rakyat Malaysia. tulisan :SMC

Read More