Scammer Perdaya Guna LHDN Untuk Pulangan Cukai Lebih Bayar

Scammer atau penipu atas talian dengan menggunakan pelbagai cara dalam memperdayakan pengguna internet sudah menjadi satu kebiasaan. Teknik penipuan sering bertukar-tukar dan mengambil peluang mengikut keadaan semasa sehingga pengguna internet tanpa sedar menurut “arahan” yang diberikan scammer tersebut. Dalam hal ini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak terkecuali dijadikan alat bagi mengaburi mangsa dan menjadikan satu peluang mengaut tunai dan mencuri menggunakan kaedah phising ini. Bermula April 2018 hingga sekarang, pembayar cukai yang telah menghantar borang melalui e-Filing atau borang cukai secara manual yang telah siap diproses akan mendapat…

Read More

Luahan anak muda terhadap calon Pas Alur Limbat

Ini yang anak-anak muda di Alur Limbat kata. Lima tahun duduk saja YB Ariffin Deraman makan gaji, tapi bila minta bantuan alasannya tak dok dana, kata mereka. Ada orang kampung mintak bantuan perubatan, disuruhnya pergi sendiri ke MAIDAM, sudahnya Dato’ Saiful hok bawak Tabung Darul Iman mari tolong. Jalan di Kampung Kepong naik air, Dato’ Pu hok tolong korek bagi air lalu, nak buat longkang molek tak bolehlah sebab dana takde tapi boleh lah selesai masalah. Dia hok jadi YB lima tahun, sekadar bagi bola takraw je ke budak lepah…

Read More

Tiada bayaran tol sempena Hari Raya Aidilfitri

Tiada bayaran tol sempena Hari Raya Aidilfitri PEKAN 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Perdana Menteri berkata, tempoh tiada bayaran tol itu adalah untuk lima hari. “Dua hari sebelum raya dan pada hari raya pertama hingga ketiga,” katanya ketika lintas langsung Perutusan Khas sempena PRU-14 di pekarangan kediaman Sri Kenangan, Peramu Jaya di sini malam ini. Golongan muda bawah 26 tahun dikecuali cukai…

Read More

Gadis cantik berbaju biru viral, ajak rakyat undi BN

Koleksi banner yang mamaparkan gadis cantik berpakaian warna biru sambil memegang plakad mengajak rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) viral di media sosial. Selain itu, ayat-ayat ‘pick up line’ yang terdapat pada banner tersebut menyebabkan ramai netizen tertanya-tanya siapakah gerangan sebenar gadis tersebut. Bagaimanapun, sehingga kini identiti sebenar gadis dipercayai berusia awal 20-an itu masih menjadi misteri. Cuma pada banner tersebut ada dimasukkan hashtag ‘aisyahpru14’. Mungkin nama Aisyah ada kaitan dengan gadis cantik itu?

Read More

Mesej daripada Ustaz Kazim Elias

TOLONG SEBARKAN PESANAN DAN VIDEO INI DENGAN SEGERA. Assalamualaikum WBT, Kepada muslimin dan muslimat sekalian, Video dibawah ini sangat…sangat…sangat penting untuk tontontan kita semua. Rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnnya. Luangkan masa anda 3 minit untuk menonton video ini sampai habis. Kerana kandungannya sangat penting. Anda lihatlah bagaimana pemimpin DAP mahu memfaraidkan tanah-tanah di bumi kita untuk puak-puak mereka. Belum mereka menang lagi pun dan belum tubuhkan kerajaan, mereka telah bercita2 utk bertindak seperti perompak yang mahu membahagi-bahagikan hasil rompakan. Masyallah apa akan jadi kepada kita dan tanahair kita…

Read More

BN dijangka menang – Merdeka Center

KUALA LUMPUR: Pusat kaji selidik Merdeka Center menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sekali gus kekal memerintah. Menurut Merdeka Center dalam satu kenyataan hari ini, jangkaan itu berdasarkan kaji selidik yang dijalankan ke atas seramai 1,579 pengundi berdaftar membabitkan 70 kerusi marginal di Semenanjung Malaysia pada 28 April hingga 8 Mei. Dalam kajian itu, tiga isu utama diberi tumpuan berkisar isu kebimbangan ekonomi, tadbir urus yang baik (rasuah) dan kelemahan kepemimpinan. Dapatan menunjukkan, hanya 43 peratus responden meluahkan kebimbangan mereka terhadap isu ekonomi negara di…

Read More

Malaysiakini salah lapor video percakapan MB Razif

Nampaknya Malaysiakini tidak puas hati dan cuba menjadikan hudud sebagai senjata untuk mempengaruhi pengundi khususnya pengundi bukan Islam di Terengganu. Umumnya rakyat Malaysia malah rakyat Terengganu sendiri pun siapa Malaysiakini dan apa tujuan portal tersebut ditubuhkan. Paling jelas, penubuhan mereka adalah untuk melihat UMNO dan BN berkubur di bumi Malaysia. Terbaharu, Malaysiakini sendiri memfailkan tuntutan di mahkamah supaya Akta Berita Tidak Benar dapat dihalang daripada diluluskan. Jelas di situ motif menghalang undang-undang berita tidak benar membuktikan Malaysiakini ingin terus ‘bermain’ berita tidak benar? Lihat dan dengar video ucapan MB Razif…

Read More

Anak bekas Menteri Besar Kedah sertai UMNO

JERAI – Anak kepada bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Ahmad Faiq, 31, mengumumkan menyertai UMNO hari ini. Ahmad Faiq yang merupakan seorang peguam dan menjadi ahli Pas sejak berusia 18 tahun berkata, dia membuat keputusan untuk menyertai UMNO setelah mendapat restu daripada ibunya, Tok Puan Faekah Sheikh Hamzah. “Saya telah memohon pandangan daripada ibu sebelum membuat keputusan menyertai mana-mana parti, ibu saya kata, sertailah parti apa sekalipun jangan PAN, sebab PAN lawan ayah saya dulu. “Ibu saya kata itu hak saya untuk pilih parti mana pun,…

Read More

Pelajar Maut Perjalanan Balik Mengundi Pertama Kali

AJAL… Seorang pelajar universiti menemui ajal di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Bachok ketika dalam perjalanan balik mengundi buat pertama kali. Mohd Fadzil, 23, yang menuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan maut dalam perjalanan ke Kampung Baru, Beris Lalang sekitar jam 6 pagi ketika kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan. Ibunya, Wan Azura Wan Hassan, 44, memberitahu arwah yang merupakan pelajar tahun akhir di USIM sangat teruja untuk mengundi buat pertama kali. “Arwah juga sepatutnya tamat belajar bulan depan sebelum menjalani pratikal dan menamatkan pengajian…

Read More

Hutang PTPTN: Calon Pas Kuala Besut diramal kalah

Retorik, apabila calon Pas, Azbi Salleh menggunakan PTPTN sebagai bahan kempen PRU14. Sejumlah RM5 bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 200,000 peminjam di seluruh Malaysia. Persoalannya, dari mana jumlah yang begitu besar ini datang apabila Pas yang juga meletakkan GST sebagai bahan kempen yang bakal dihapuskan oleh mereka? Azbi perlu jelas berkenaan bahan kempen murahan ini kerana ianya melibatkan juga peminjam-peminjam yang lalu. Maksudnya Azbi berbohong tidak menyatakan bagaimana pula mereka yang telah pun membayar hutang dan jumlahnya bukan sedikit. Azbi terkenal di kalangan ahli Pas Besut sebagai jutawan kedai emas.…

Read More