Karyawan Rai 150 Penggiat Seni Sempena Syawal

Seramai 150 penggiat seni diraikan dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) baru-baru ini. Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata, “Secara keseluruhan kami berjaya mengumpul sebanyak RM5,000 untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan ahli Karyawan sempena majlis ini.” Beliau memberitahu Bernama ketika ditemui pada majlis itu di Hotel Adamson Sabtu lalu. Turut diraikan ialah anak-anak yatim dari Pusat Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan KL dan Selangor. Pada majlis berkenaan, kumpulan artis wanita Malaysia di bawah pimpinan penyanyi Datuk Yusni Hamid, terdiri dari Rozita Rohaizad, S. Mariam…

Read More