MBKT gagal jelaskan tuntutan elaun pekerja

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) didakwa gagal menjelaskan bayaran tuntutan elaun lebih masa kepada lebih 300 kakitangan terutama pekerja am dan pemandu sehingga tertunggak sejak September tahun lalu. Berikutan kegagalan itu, lebih 150 pekerja am pihak berkuasa tempatan (PBT) itu terpaksa membuat pinjaman peribadi dengan institusi kewangan dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad kerana gaji yang diterima tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi. Difahamkan, jumlah tuntutan elaun lebih masa yang belum dijelaskan MBKT tertunggak sejak September tahun lalu mencecah antara RM1,500 dan RM3,000. Seorang pekerja…

Read More

Sultan Abdullah lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16

Allahuakhbar !!!   Daulat Tuanku !!! Daulat Tuanku !!! Daulat Tuanku !!!   Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.   Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.   Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13…

Read More

ECRL: UMNO Terengganu Gesa Kerajaan PH Hentikan Sikap ‘Kluk-Klek’

KUALA LUMPUR, 31 Jan – UMNO Terengganu berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak ‘kluk klek’ dalam membuat keputusan berhubung pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Timbalan Pengerusinya, Datuk Din Adam berkata sikap ‘kluk-klek’ berhubung perkara tersebut amat-amat mengecewakan kerana pembinaan ECRL bakal memberi limpahan ekonomi dan manfaat yang cukup besar terhadap penduduk di Pantai Timur khususnya di Terengganu. Justeru tegasnya cukup-cukuplah berpolitik sebaliknya mengambil langkah susulan yang tuntas dan membuat pertimbangan secara menyeluruh dan bukannya membuat kenyataan yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain. “Rancang dan fikirlah secara…

Read More