27 JUN Tarikh Melihat Anak Bulan

melihat-anak-bulanUmat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 29 Jun ini manakala Aidilfitri pula bakal disambut 28 Julai, kata Pemangku Ketua Unit Falak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Shahril Hirman Azmee.

Menurut beliau, hari melihat anak bulan iaitu 27 Jun bersamaan 29 Syaaban 1435 Hijrah, ijtimak atau detik pemisah antara Syaaban dan Ramadan adalah berlaku kira-kira pukul 4.10 petang.

Beliau menjelaskan, oleh kera-na 29 Syaaban 1435 Hijrah yang bersamaan dengan 27 Jun (Jumaat) tidak memenuhi ketetapan imkanur-rukyah, maka keesokan harinya menjadi 30 Syaaban bersamaan 28 Jun (Sabtu).

“Oleh yang demikian, 29 Jun 2014 (Ahad) dijangka 1 Ramadan 1435 Hijrah,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Menurut beliau, proses melihat anak bulan Ramadan akan dilakukan pada 27 Jun (Jumaat) bersamaan 29 Syaaban 1435 Hij-rah dan program cerapan anak bulan Ramadan pada 28 Jun di Balai Cerap KUSZA di Merang, Setiu.

Untuk jangkaan awal Syawal pula, katanya, oleh kerana 27 Julai bersamaan 29 Ramadan memenuhi ketetapan rukyah, keesokan harinya (28 Julai) merupakan 1 Syawal.

Shahril Hirman bagaimanapun berkata, tarikh rasmi awal Ramadan dan Syawal adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Related posts

Leave a Comment