4 MoU dimeterai tingkat ekonomi Terengganu

Sambutan ulang tahun ke-10 ECER.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan pertukaran empat memorandum persefahaman (MoU) melibatkan empat syarikat yang akan memberi kesan positif terhadap ekonomi dan rakyat negeri ini dalam tempoh jangka panjang yang dilakukan di Ekspo Terengganu 2018.

Hadir sama menyaksikan majlis itu Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan pemimpin kerajaan negeri.

MoU ini melibatkan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Sdn Bhd (CCCC) bagi menjayakan projek berimpak tinggi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Terengganu Inc diwakili oleh Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc Dr Wan Ahmad Rudirman manakala MRL diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Darwis Abdul Razak dan  CCC pula oleh Pengarah Urusan Eksekutifnya Bai Yinzhan.

 Untuk projek landasan kereta api sejauh 688 kilometer termasuk 230 kilometer melintasi Terengganu dengan mewujudkan lapan stesen melibatkan kos sebanyak RM18 bilion.

MoU kedua membabitkan kerjasama kerjasama antara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang diwakili EO ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Darwis dengan MRL untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di negeri Pantai Timur di mana 1,350 pelajar di 49 buah sekolah akan menerima manfaat.

Di samping itu, penyerahan nota komitmen oleh diterima Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail daripada CEO L.S Associates (SEA) Sdn. Bhd., Maimunah Abu Bakar dan Pengarah Wilayah Rantau Asia Tenggara Samsung, Park Ki Chaul yang bertujuan memajukan Taman Industri Antarabangsa Terengganu (TIPP) di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Ketiga, penyerahan surat komitmen  untuk pembangunan Lembah Silika Terengganu daripada  Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Kumpulan Petronas, Maliki Kamal M Yasin bagi penyaluran dan pembekalan gas ke tapak Lembah Silika Terengganu kepada Wan Nawawi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Silika.

Wan Nawawi kemudian menerima surat komitmen bagi pembangunan infrastruktur daripada Jebasingam dan engerusi Terengganu Industrial Mineral Group, Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.

 

 

Related posts

Leave a Comment