Semangat peserta uji kemampuan jentera

KAMPUNG RAJA – Seramai 60 pemilik kenderaan lasak pacuan empat roda (4×4) menguji kemampuan jentera masing-masing selama dua hari dalam Cabaran 4X4 Belantara di Bukit Keluang di sini berakhir semalam. Presiden Kelab 4X4 Belantara, Wan Mohd Nadzlin Wan Mohamad berkata, acara itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Light Core, Buggy dan Open Cabin. Menurutnya, kejohanan kali keenam anjuran kelab itu berjaya menarik peminat sukan lasak dari Kelantan, negeri-negeri kawasan tengah selain peserta tempatan. “Walaupun, hadiah disediakan tidak lumayan tetapi peserta berasa cukup puas hati apabila berjaya meredah halangan walaupun terpaksa…

Read More

RM137 ribu diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah dihadapi petani di Tembila

Jabatan Pertanian Negeri memperuntukkan sebanyak RM137,000 untuk program pemulihan tanaman vitato (ubi keledek) di kawasan Tembila dan Dendong yang terjejas teruk akibat serangan virus sweet potato feathery mottle. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, peruntukan tersebut untuk membantu petani terbabit mengusahakan tanaman lain dan memusnahkan baka tanaman vitato pada musim akan datang. Kata beliau, ia memandangkan lebih separuh daripada kawasan seluas 63 hektar yang diusahakan tanaman vitato pada musim ini diserang virus tersebut yang menyebabkan pokok terbantut sekali gus menyebabkan…

Read More

MB Terengganu Pantas Ambil Inisiatif Selesai Isu Air

Masalah air yang dihadapi oleh 58,000 buah rumah sekitar Terengganu dan Marang sejak awal Mei lalu telah mendapat respon yang segera oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman. Biarpun baharu genap setahun lebih pentadbiran yang dibawa olehnya, kasih dan kecaknaan beliau terhadap rakyat dapat dilihat melalui kesungguhannya menyelesaikan masalah yang disuarakan rakyat. Dengan menerapkan nilai inklusif yg digalasnya menerusi 8  prinsip Transformasi Terengganu Baharu jelas menunjukkan kesan dan impak yang segera dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Terengganu kini. Prinsip yang meletakkan suara rakyat sebagai asas kepada…

Read More

Ajak Rakyat Tolak Pembangunan, Adun Bukit Payong Takut Hilang Undi?

Cadangan pembangunan di  beberapa kawasan di DUN Bukit Payong melibatkan Kampung Laut, Kampung Baram Sungai Pinang dan Pekan Gelugor  telahpun dikemukakan sejak Mei tahun 2010. Mantan Menteri Besar Terengganu pada ketika itu pernah mengemukakan cadangan pembinaan dua buah masjid di Kampung Laut dan Kampung Gelugor, perumahan kos rendah di Kampung Laut, padang bola di Kampung Baram Sungai Pinang dan lampu limpah di Pekan Gelugor. Cadangan ini jelas disambut baik pada waktu itu oleh penduduk di DUN Bukit Payong yang mahukan pembangunan serta kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Projek Perumahan Taman…

Read More

MB Baiki Rumahnya Yang Uzur, Zakaria Dagang Pula Yang Menggelupur.

“Di Seberang Takir sekarang rakyat heboh bercakap tentang perobohan sebuah rumah di Kg Baru, milik Menteri Besar Terengganu. Rumah yang baru sahaja dibaiki dan diubah suai beberapa bulan lalu termasuk menukar atap baharu itu, tiba-tiba dirobohkan. Ada orang kata tuan rumah belum sempat lagi duduk di bawah atap baharu yang ditukar itu….” ujar Zakaria Dagang dalam status Facebook beliau. ADA ORANG KATA…ADA ORANG KATA…ADA ORANG KATA…ADA ORANG KATA…. Masalah manusia apabila dia suka dengar-dengar cakap orang, terutamanya apabila ADA ORANG KATA, tanpa menyiasat akan perkara sebenar perkara itu, kemudian melemparkan…

Read More

Hadi Bekerjasama Dengan UMNO : Roketkini

Kemelut dalaman Pakatan Rakyat semakin memuncak apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akhirnya mengumumkan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Hadi Awang. Lidah rasmi DAP, Roketkini semalam melaporkan DAP mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggar semangat konsensus serta Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR). “DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. “DAP hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan…

Read More

Hadi Awang Dilabel Penipu, Dihalau Keluar Pakatan

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar Pakatan Rakyat jika masih berkeras untuk membentang rang undang-undang persendirian pelaksanaan hudud di Kelantan. Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang dikatakan telah membuat permohonan pada 18 Mac untuk membentang Rang Undang Undang Persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Permohonan tersebut dibuat sehari sebelum sidang dewan undangan negeri meluluskan Kod Enakmen Syariah Negeri Kelantan II (1993) 2015. Lim menyatakan Hadi telah menipu kepada rakan Pakatan kerana gagal mendapatkan pandangan dan persetujuan dari PKR dan DAP sebelum…

Read More

(Al-Fatihah) Bapa Menteri Besar Terengganu Meninggal Dunia

Bapa kepada Menteri Besar Terengganu Abd Rahman Mohammad telah kembali ke rahmatullah ketika berumur 86 tahun. Ustaz Abd Rahman telah meninggal di Kediaman Seri Iman kerana masalah paru-paru pada jam 6.15 petang semalam disamping anak dan cucunya. Arwah akan disembahyangkan di Kediaman Seri Iman jam 10 pagi nanti dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam seberang Takir. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah… – Teganukita.my

Read More

Penyelia ladang maut dilanggar lori pasir

Seorang penyelia ladang maut, selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 44, Jalan Johor Bahru – Mersing, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Mohd Shahril Roslee, 23, dalam perjalanan ke tempat kerja dilanggar sebuah lori pasir dan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Mawai telah memotong lori pasir sebelum memberi isyarat membelok sebelah kanan jalan. “Apabila sampai di simpang, mangsa telah memberhentikan…

Read More

Jaga diarah jalani rawatan psikiatri

Mahkamah Sesyen di sini, mengarahkan seorang pengawal keselamatan yang berdepan tuduhan memecahkan pintu Masjid Kampung Limbongan, Kampung Raja, Besut pada Mac lalu dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru, Johor untuk menjalani rawatan psikiatri. Terdahulu, tertuduh, Malek Muhd Idrus, 28, dari Kampung Pengkalan Teras, Keluang, Kampung Raja, Besut mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dibacakan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman. Malek didakwa dengan sengaja memecahkan pintu kaca Masjid Kampung Limbongan,Kampung Raja, Besut, jam 2.30 pagi pada 4 Mac lalu. Bagi kesalahan itu, Malek berdepan…

Read More