MBKT gagal jelaskan tuntutan elaun pekerja

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) didakwa gagal menjelaskan bayaran tuntutan elaun lebih masa kepada lebih 300 kakitangan terutama pekerja am dan pemandu sehingga tertunggak sejak September tahun lalu. Berikutan kegagalan itu, lebih 150 pekerja am pihak berkuasa tempatan (PBT) itu terpaksa membuat pinjaman peribadi dengan institusi kewangan dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad kerana gaji yang diterima tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi. Difahamkan, jumlah tuntutan elaun lebih masa yang belum dijelaskan MBKT tertunggak sejak September tahun lalu mencecah antara RM1,500 dan RM3,000. Seorang pekerja…

Read More

Sultan Abdullah lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16

Allahuakhbar !!!   Daulat Tuanku !!! Daulat Tuanku !!! Daulat Tuanku !!!   Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.   Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.   Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13…

Read More

ECRL: UMNO Terengganu Gesa Kerajaan PH Hentikan Sikap ‘Kluk-Klek’

KUALA LUMPUR, 31 Jan – UMNO Terengganu berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak ‘kluk klek’ dalam membuat keputusan berhubung pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Timbalan Pengerusinya, Datuk Din Adam berkata sikap ‘kluk-klek’ berhubung perkara tersebut amat-amat mengecewakan kerana pembinaan ECRL bakal memberi limpahan ekonomi dan manfaat yang cukup besar terhadap penduduk di Pantai Timur khususnya di Terengganu. Justeru tegasnya cukup-cukuplah berpolitik sebaliknya mengambil langkah susulan yang tuntas dan membuat pertimbangan secara menyeluruh dan bukannya membuat kenyataan yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain. “Rancang dan fikirlah secara…

Read More

Padang Setengge : Kontraktor Lepas Tangan, Wakil Rakyat Dipersalahkan

Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana parti politik dipalitkan dengan pelbagai isu dan skandal di kawasan tertentu dalam menghadapi musim pilihanraya. Antaranya bertujuan mencacatkan nama bagi memberi kelebihan kepada parti lawan sehingga adakalanya mengundang fitnah. Tidak kurang juga yang bertujuan memberi kesedaran kepada umum akan natijah jika memilih parti yang salah. Seperti isu yang digembar-gemburkan mengenai Perumahan Padang Setengge Fasa 4 menyaksikan kegagalan kontraktor bertanggungjawab, SePurnama Development Sdn Bhd; untuk menyiapkan lebih 100 unit rumah berkembar di sempadan Kuala Berang-Telemong yang berlarutan hingga bertahun lamanya. Dalam temuramah bersama Dato’ Tengku Putera…

Read More

SIFU Segera: Najib Assadok dilabel SIFU Temberang?

Siapa tak kenal dengan Najib Assadok? (Saya tidak kenal juga sebenarnya) Seorang tenaga pengajar dalam bidang Pemasaran Atas Talian dan Bisnes Online yang menggelarkan dirinya SIFU sebaris nama-nama tenaga pengajar atas talian yang lain. Namun lumrah segelintir manusia apabila merasakan dirinya sudah hebat dan kononnya nama sudah gah meniti dinding maya, sikap yang cenderung kepada lupa diri mula menguasai. Benarkah? Dalam sebuah posting di laman media sosial Facebook baru-baru ini, salah seorang peserta yang mengikuti kelasnya mempertikaikan keikhlasan seorang SIFU dalam mendidik pelajar yang rata-ratanya golongan usahawan baharu yang berimpian…

Read More

(Video) Hotel 8 tingkat 150 bilik di Tasik Kenyir bakal siap akhir 2018

Hulu Terengganu – Hotel bertaraf tiga bintang dengan jumlah 150 buah bilik sedang dibina di Pulau Poh, Tasik Kenyir dijangka siap pada hujung 2018. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata hotel berkenaan setinggi lapan tingkat itu dibina mengikut jadual yang telah ditetapkan. Katanya, hotel tersebut menelan belanja RM100 juta ringgit akan diletakkan di bawah konsortium dan dikelola oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd. “Semua hotel yang ada di Terengganu (di bawah anak syarikat kerajaan negeri) berada dibawah satu konsortium dan hotel ini juga akan diletakkan di dalamnya”.…

Read More

Bersedia ‘berdepan’ MB Terengganu, sudahkah PAS bersedia meyakinkan ahli sendiri?

Kuala Nerus – Pas Seberang Takir dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Zakaria Dagang Selasa lalu menyatakan sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan mana-mana calon UMNO dan BN  untuk PRU ke 14 termasuklah Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Namun dapatkah PAS mengekalkan keyakinan ahli-ahlinya bahawa ia masih lagi sebuah parti yang relevan dengan kini wujudnya tekanan dari pecahan parti tersebut iaitu Parti Amanah? Ramai sedia maklum bahawa sebelum ini terdapat juga ura-ura yang mengatakan ada beberapa kepimpinan PAS Terengganu sendiri; dilihat pro kepada Parti Amanah dan…

Read More

Persidangan DUN Muda GPMS 2017 Gilap Pembangunan Bakat Belia

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu semalam telah berkesempatan meraikan pengamal-pengamal media yang terdiri dari media elektronik dan media cetak dalam satu majlis makan malam ringkas bertempat di TY Hotel, Kuala Terengganu. Menyedari peranan dan sumbangan media adalah penting  sebagai elemen utama di dalam membentuk pemikiran masyarakat; GPMS Terengganu telah mengambil inisiatif menganjurkan majlis Makan Malam GPMS bersama Media sebagai penghargaan kepada kumpulan penyampai maklumat di sini. Memetik sebahagian ucapan Pengerusi GPMS Terengganu, saudara Tengku Haphiz bin Tengku Putera di dalam majlis tersebut, beliau telah mengupas kisah mengenai burung…

Read More

Ayam Buruk – KFC Malaysia Tampil Beri Jaminan Penambahbaikan

Kuala Terengganu – Selepas satu ‘screenshot’ aduan dikongsi oleh Terengganu Times dan menjadi tular, KFC Malaysia pantas memberikan respon untuk memperbaiki mutu perkhidmatan di premis cawangan mereka yang merupakan antara tempat tumpuan orang ramai di Batu Buruk. Aduan yang dimuatnaik oleh Din Boroi menjadi tular selepas beliau mendakwa telah dua kali mendapat makanan yang rosak dari premis makanan segera tersebut. Ekoran dari aduan tersebut, pengguna-pengguna lain turut memberikan komen dengan melahirkan kekesalan mereka di atas beberapa kes yang sama selain mendapat khidmat layanan yang kurang memuaskan. KFC Malaysia menerusi laman…

Read More

SERASI Platform Penghubung Mahasiswa Kepada Pemimpin dan Masyarakat Setempat.

Hulu Terengganu 4 Februari 2017 – Sekretariat Rakan Siswa Hulu Terengganu SERASI baru-baru ini telah mengadakan program Kembar Mahasiswa Hulu Terengganu 1.0 (KEMAH 1.0) bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang keunikan Hulu Terengganu di samping mengeratkan hubungan antara mahasiswa. Penyertaan yang menggalakkan penyertaan daripada mahasiswa Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Politeknik Hulu Terengganu dan Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu telah berjaya mengumpul seramai 150 orang peserta. Program inisiatif SERASI dilihat sebagai platform penghubung kepada mahasiswa Hulu Terengganu bagi mendekati golongan pemimpin di Hulu Terengganu dan masyarakat setempat yang mempunyai…

Read More