Ayam Buruk – KFC Malaysia Tampil Beri Jaminan Penambahbaikan

Kuala Terengganu – Selepas satu ‘screenshot’ aduan dikongsi oleh Terengganu Times dan menjadi tular, KFC Malaysia pantas memberikan respon untuk memperbaiki mutu perkhidmatan di premis cawangan mereka yang merupakan antara tempat tumpuan orang ramai di Batu Buruk.

Aduan yang dimuatnaik oleh Din Boroi menjadi tular selepas beliau mendakwa telah dua kali mendapat makanan yang rosak dari premis makanan segera tersebut.

Ekoran dari aduan tersebut, pengguna-pengguna lain turut memberikan komen dengan melahirkan kekesalan mereka di atas beberapa kes yang sama selain mendapat khidmat layanan yang kurang memuaskan.

KFC Malaysia menerusi laman Facebook mereka kemudiannya tampil memberi jaminan bagi menyiasat serta menambahbaik mutu perkhidmatan dia cawangan restoran terbabit. – Terengganu Times

Related posts

Leave a Comment