MBKT gagal jelaskan tuntutan elaun pekerja

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) didakwa gagal menjelaskan bayaran tuntutan elaun lebih masa kepada lebih 300 kakitangan terutama pekerja am dan pemandu sehingga tertunggak sejak September tahun lalu. Berikutan kegagalan itu, lebih 150 pekerja am pihak berkuasa tempatan (PBT) itu terpaksa membuat pinjaman peribadi dengan institusi kewangan dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad kerana gaji yang diterima tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi. Difahamkan, jumlah tuntutan elaun lebih masa yang belum dijelaskan MBKT tertunggak sejak September tahun lalu mencecah antara RM1,500 dan RM3,000. Seorang pekerja…

Read More

Pekerja di Terengganu makin bertambah bukti ekonomi bagus

KUALA TERENGGANU – Pertambahan jumlah pekerja di Terengganu membuktikan pertumbuhan ekonomi di negeri ini semakin baik dari tahun ke tahun. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmd Razif Abd Rahman berkata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerja di Terengganu pada tahun 2017 ialah 435,900 orang berbanding tahun sebelumnya seramai 428,400 orang. “Peningkatan jumlah pekerja yang besar ini membuktikan keadaan ekonomi di negeri ini sangat bagus. “Ia sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa rakyat Terengganu sukar mendapat peluang pekerjaan. “Jadi, statistik ini adalah salah satu fakta selain bukti kisah-kisah kejayaan yang dicipta supaya…

Read More

Manifesto BN: LPT3 bakal rancakkan ekonomi rakyat – MB Razif

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat akan membina Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) yang menghubungkan Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan yang diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan manifesto Barisan Nasional, semalam. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, LPT3 itu bermula dari Tepoh, Kuala Nerus terus ke Kota Bharu. Katanya, dengan adanya LPT3 ianya akan merancakkan lagi ekonomi rakyat di Terengganu terutamanya penduduk di sebelah Kuala Nerus, Besut dan Setiu. “Memang menakjubkan, belum pernah sebelum ini manifesto utk PRU14 ini dibentang sebegitu rupa, lebih-lebih lagi manifesto kepada setiap negeri pun ada.…

Read More

4 MoU dimeterai tingkat ekonomi Terengganu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan pertukaran empat memorandum persefahaman (MoU) melibatkan empat syarikat yang akan memberi kesan positif terhadap ekonomi dan rakyat negeri ini dalam tempoh jangka panjang yang dilakukan di Ekspo Terengganu 2018. Hadir sama menyaksikan majlis itu Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan pemimpin kerajaan negeri. MoU ini melibatkan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Sdn Bhd (CCCC) bagi menjayakan projek berimpak tinggi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Terengganu Inc diwakili oleh Presiden yang juga Ketua…

Read More

Mengeluh soal ekonomi berpunca sikap sendiri

KUALA LUMPUR – Sikap rakyat Malaysia yang rata-rata gemar mengeluh tentang kepayahan hidup kononnya akibat tekanan ekonomi semasa dikatakan berpunca daripada sikap, kehendak serta emosi mereka yang tidak pernah rasa bersyu­kur dengan keselesaan yang dimiliki. Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan berkata, kepayahan yang sering diuar-uarkan itu tidak setara dengan kemewahan hidup yang dinikmati baik dari segi pelancongan, makanan, kenderaan serta pakaian. Menurut beliau, rakyat sentiasa me­ngadu kenaikan harga petrol serta menu­duh kemelesetan ekonomi sedang berlaku apabila pusat beli-belah tidak lagi dikunjungi, tetapi ironinya mereka sentiasa mengutamakan…

Read More

Pengkhianat ekonomi adalah pengkhianat rakyat – Muhammad

 ‘Saya tertarik dengan ucapan Yab Menteri Besar semasa penggulungan Bajet Terengganu 2018 yang lalu tentang pengkhianat kepada rakyat dari skop keusahawanan dan juga ekonomi’ ‘Pengkianat yang dimaksudkan itu, saya merujuk kepada momokan atau tomahan yang dilemparkan tanpa menggunakan fakta yang sebenar  bahawa negara ini akan bankrup’ ‘Secara tidak langsung akan menjauhkan pelabur-pelabur untuk datang membuat pelaburan didalam negeri Terengganu khasnya dan juga negara kita amnya’, kata  Muhammad Ibrahim, Pengarah SME Corp. Terengganu dalam Bicara Bajet Terengganu 2018 petang ini. Menurut beliau, tomahan seperti itu akan merugikan  rakyat negeri Terengganu khasnya…

Read More

Bajet Terengganu beri impak pertumbuhan ekonomi negeri – Pengerusi GPMS Terengganu

Pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu pada tahun depan dijangka kekal meningkat kesan positif daripada Bajet Terengganu 2018 yang dibentang pada minggu lalu. Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu Tengku Hapiez Tengku Putera berkata, perancangan yang dibuat akan memberi kesan jangka pendek dan panjang khususnya kepada negeri serta rakyat. ‘Kerajaan telah menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dalam mentadbir negeri jika kita lihat pertumbuhan ekonomi pada tahun ini 3.8 peratus berbanding 3.1 peratus pada 2016’. ‘Tahun lalu kerajaan berhadapan dengan isu harga minyak yang tidak menentu yang memberi kesan kepada Bajet negeri…

Read More

Ekonomi Malaysia berkembang 6.2 peratus, terbaik sejak 2014

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia terus mencatatkan prestasi kukuh dengan mengatasi jangkaan pada kadar 6.2 peratus pada suku ketiga 2017. Pertumbuhan kukuh 6.2 peratus itu adalah terbaik sejak suku kedua 2014. Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata pertumbuhan itu disokong oleh permintaan domestik dan peningkatan eksport yang kukuh. Beliau berkata, semua sektor ekonomi terus mencatatkan pengembangan pada suku dikaji, dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai pemacu pertumbuhan. “Dengan prestasi pertumbuhan ini, ekonomi Malaysia berada pada kedudukan mantap untuk mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi keseluruhan 2017,” katanya. Beliau…

Read More

#BAJET2018: PENCETUS EKONOMI MELALUI INDUSTRI PELANCONGAN KESIHATAN

Pada pembentangan Bajet 2018 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah memperkenalkan Program Flagship Medical Tourism Hospital yang akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia ke atas pelancongan kesihatan. Galakan ini memberikan satu dimensi baru kepada ekonomi negara apabila Bajet 2018 memperuntukan sebanyak RM30 juta ke atas industri pelancongan kesihatan negara. Ini sejajar dengan Pelan Tindakan Ekonomi Negara yang mengiktirafkan industri ini sebagai satu sumber utama penyumbang kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan melalui Bajet 2018 ini membantu industri pelancongan kesihatan…

Read More

#BAJET2018: MANFAAT CUKAI UNTUK KEMAKMURAN EKONOMI

Bajet 2018 yang telah selamat dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 27 Oktober 2017 di Parlimen. Bagi merancakkan pelaburan, perdagangan dan industri, galakan cukai bagi Principal Hub akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Ini bagi terus meletakkan Malaysia sebagai lokasi pelaburan langsung asing. Manakala dalam merancakkan industri pelancongan, sejajar dengan persediaan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2020, insentif cukai antaranya: a) Galakan cukai bagi pelaburan hotel baharu bertaraf 4 dan 5 bintang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020; b) Galakan…

Read More