Bajet 2018 Mencerminkan Model Ekonomi Baharu

KUALA LUMPUR – Bajet 2018 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan mencerminkan sebuah model ekonomi baru yang lebih lestari dan benar-benar sampai kepada golongan sasaran, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. “Model ekonomi baru ini akan menggantikan model (ekonomi) lama yang pincang. Seperti yang kita tahu, model ekonomi sedia ada memiliki beberapa elemen seperti gaji yang rendah, serta subsidi yang berlebihan,” kata beliau pada sidang media selepas sesi dialog dan perkongsian maklumat bersama usahawan wanita hari ini. Beliau memberi maklum balas terhadap gambaran awal Bajet 2018 yang…

Read More

Bajet 2018: “Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia”

1. SEMAKIN kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua. 2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia. 3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun. 4. Allahyarham merupakan…

Read More

Bajet 2018: Ekonomi Digital Buka Ruang Tambah Pendapatan Negara

Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada minggu hadapan dilihat sebagai satu langkah yang lebih bijaksana, mengambilkira pendapat dan cadangan umum serta timbang tara impak kepada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia secara amnya. Sealiran dengan era teknologi maklumat, kesemua idea dan pendapat umum dapat disalurkan melalui laman sesawang yang telah ditubuhkan oleh kerajaan di https://bajet2018.najibrazak.com. Berdasarkan maklumat yang disalurkan seperti galeri idea yang telah disumbangkan oleh umum, video temuramah yang telah dijalankan, tinjauan terhadap topik yang telah ditetapkan, projek pembangunan dan bajet tahun sebelumnya. Tinjauan secara menyeluruh mendapati topik yang mendapat maklumbalas…

Read More

Transformasi ekonomi Terengganu masuk fasa kedua – MB Razif

MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman menyempurnakan Majlis Menandatangani “Head of Agreement” diantara Terengganu Inc dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Terengganu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada hari ini. Majlis tersebut adalah salah satu gerakerja Transformasi Ekonomi. Ianya dipanggil “Realignment Exercise” (RE) atau Penjajaran Semula agensi-agensi Kerajaan Negeri yang terpilih. Realignment Exercise (RE) ini merupakan gerakerja Fasa Ke-2 dan satu kesinambungan daripada ‘Reorganization Exercise’ iaitu gerakerja Fasa Pertama yang telah dilaksanakan dan ditandatangani pada 1 Mac 2007 yang lalu. MB Razif memulakan ucapan dengan kata-kata Henry Ford…

Read More

Projek pembangunan Puncak Temala rancakkan ekonomi Daerah Marang – Ahmad Razif

Projek pembangunan Puncak Temala termasuk projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang diwujudkan akan merancakkan lagi sektor ekonomi daerah Marang dan sekitar dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kedudukan Puncak Temala yang strategik dan mempunyai persekitaran yang harmoni akan menjadi faktor penarik kemajuan di kawasan ini. ‘Projek pembangunan Puncak Temala ini dijangka bakal merancakkan lagi ekonomi Daerah Marang dan penduduk setempat. Dengan keluasan 67 ekar, pembangunan kawasan ini bakal menyediakan 685 unit kediaman dan unit komersil yang terdiri…

Read More

Keretapi Berkelajuan Tinggi: Ekonomi Masa Hadapan

KEBANYAKKAN bandaraya utama di dunia, terutamanya di Eropah dan di Asia, kini rancak membina jaringan keretapi berkelajuan tinggi. Skala kelajuan teknologinya kini melebihi 300 kilometer per jam. Malah sudah ada negara yang ingin menghubungkan bandaraya utamanya dengan jaringan keretapi berkelajuan melebihi 500km per jam. Persaingan teknologi dan evolusi terkini dalam industri pembinaan jaringan keretapi berkelajuan tinggi ini semakin hebat. Malah industri keretapi berkelajuan tinggi ini bakal menjadi pencetus pertumbuhan ekonomi baharu di masa hadapan. Menurut laporan The Economist, 13 Januari 2017, China sedang membina jaringan keretapi berkelajuan tinggi yang terbesar…

Read More

‘GAME OVER’ : SERANGAN EKONOMI OLEH PEMBANGKANG SUDAH GAGAL

Perkataan ‘game over’ amat menggerikan jika dalam sesebuah permainan berkomputer, ia bermakna tamat, mati atau nyawa dah habis. Ia juga menandakan bahawa pemain “game” itu kalah sebab “Game Over”. Bukan “Mission Accomplish” atau pun “Victory” yang menandakan kemenangan mutlak pada sesuatu permainan. Dalam arena politik tanah air, kita boleh nampak bagaimana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa ‘bermain’ strategi yang baik untuk terus menang. Mengatasi dengan baik serangan terhadap GST dan TPPA. Mengatasi dengan baik serangan terhadap syarikat pelaburan negara iaitu 1MDB dan juga pelaburan China dalam ECRL dan Bandar Malaysia…

Read More

#VBT2017 : Tahun 2017 titik penggerak ekonomi negeri – MB

Kuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru rakyat di negeri ini mencatat lebih banyak cerita kejayaan pada tahun 2017. Ahmad Razif berkata, tahun 2017 yang merupakan tahun ‘Visit Beautiful Terengganu (VBT 2017)’ akan menjadi penggerak transformasi ekonomi negeri menerusi sektor pelancongan. “Terengganu mensasarkan kedatangan 5.5 juta orang pelancong pada tahun 2017. Inshaallah dengan kedatangan yang ramai ini, sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri Terengganu,” katanya di majlis Sambutan Ambang 2017 di Pulau Warisan, di sini hari ini. Dalam majlis yang sama,…

Read More

Pemberian BR1M wajar diteruskan bantu pertumbuhan ekonomi setempat – MB

KUALA TERENGGANU: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan kerana ia memberi banyak kebaikan kepada golongan sasar serta membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau kecewa dengan tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pemberian BR1M adalah rasuah kepada rakyat. “Itu pandangan beliau, kita rasa amat kecewa kerana sebagai bekas pemimpin utama negara, takkan tak boleh bezakan antara rasuah dan pemberian. “Penerima BR1M ini tidak akan berbelanja di luar negara, sebaliknya mereka hanya berbelanja di kawasan setempat dan merancakkan lagi…

Read More

Pasarnita ::: Transformasi Ekonomi Baharu Kaum Hawa

Terengganu merintis transformasi ekonomi wanita apabila Pasarnita pertama di Terengganu bakal dilancarkan di Pasar Malam Tanjung, Kuala Terengganu pada 16 November ini. Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, kira-kira jam 3.30 petang. Turut hadir Penasihat Ekonomi Wanita, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil. Pengurus Pembangunan Perniagaan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad  berkata, sempena pelancaran itu, pelbagai program menarik akan disajikan kepada orang ramai seperti penampilan artis terkenal dan juga termasuk aktiviti jualan produk daripada usahawan tempatan wanita sepanjang enam hari bermula dari jam…

Read More