Stadium Wembley Bakal Dibeli Jutawan Islam

BAGI penyokong liga Inggeris pasti sudah sedia maklum mengenai stadium inikan? Wembley merupakan salah satu stadium terbesar di dunia dan tempat paling ikonik dalam sukan global. Stadium bola sepak yang pernah dibina semula antara tahun 2002 hingga 2007 lalu dengan anggaran kos sebanyak AS$1.1 bilion (RM4.3 bilion) itu dilaporkan bakal mempunyai pemilik baharu seorang individu Muslim. Laporan eksklusif CNN memetik Persatuan Bola Sepak England atau juga disebut FA mengesahkan pihaknya ada menerima tawaran untuk pembelian stadium Wembley namun tidak mendedahkan daripada siapa. Dalam masa sama, stesen itu mendedahkan tawaran itu dibuat Shahid Khan…

Read More

PAS berhasrat tutup kilang Carlsberg di Shah Alam

Shah Alam, Selangor – PAS mahu melestarikan Shah Alam sebagai bandaraya ilmu dan bandar dalam taman, sambil membantu golongan miskin bandar dengan memajukan kegiatan pertanian dalam bandar, kata calon P108 Parlimen Shah Alam daripada PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. Menurut Dr Mohd Zuhdi yang juga telah bermaustautin di Shah Alam selama lebih 16 tahun seawal 2004 lagi, mutakhir ini pembangunan Shah Alam mulai lari dari konsep pembangunannya yang asal apabila wujud pusat-pusat hiburan yang boleh menjurus kepada maksiat serta keruntuhan moral. “Saya juga memikirkan bagaimana…

Read More

Tak rela dimasak, ketam ‘bertarung’ guna pisau

ANTARA makanan laut yang tentunya menjadi kegemaran ramai adalah ketam. Haiwan laut itu sentiasa menjadi santapan peminat makanan laut tidak kira di Malaysia atau di luar negara. Rasanya yang enak dan lembut membuatkan orang ramai sanggup mengotorkan tangan semata-mata untuk menikmati santapan meliurkan itu. Namun satu rakaman video menyaksikan seekor ketam memegang sebilah pisau dengan sepitnya tular di media sosial dengan tindakan haiwan itu seolah-olah bertarung dengan seorang lelaki dipercayai tukang masak di sebuah restoran. Lapor media luar negara seperti metro.co.uk dan The Sun, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Malaysia, namun jika dihayati…

Read More

Buka kampus Universiti P Ramlee di Taman Ilmu Besut

Universiti P Ramlee yang sebelum ini sebelum ini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bakal membuka kampusnya di Taman Ilmu Tembila di Besut. Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah berkata kampus ini berfungsi sebagai pusat untuk mengembangkan industri seni dan budaya termasuk memelihara seni tradsional Malaysia. Tambahnya jangkaan Universiti P Ramlee akan beroperasi pada September tahun ini adalah pada dan fasa pertama seramai 1,000 pelajar akan memulakan pengajian di kampus tersebut. ‘Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan amat komited untuk mengangkat bidang seni, budaya dan warisan…

Read More

Penyokong TFC kecewa pengadil tidak professional

Penyokong Terengganu Football Club (TFC) tampil meluakan ketidakpuashatian berhubung keputusan pengadil Zulkarnain Zakaria yang membuat keputusan tidak professional dalam aksi Liga Super TFC dan Johor Darul Ta’zim kelmarin. Ramai yang mempertikaikan tindakan pengadil yang seolah-olah bertindak mengikut emosi termasuk mudah melayangkan kad kepada pemain walhal beliau boleh sekadar memberi amaran kepada kesalahan kecil dilakukan. Permainan keras yang dilakukan pasukan pelawat tidak diberikan sebarang amaran dan situasi ini menambah kemarahan penyokong TFC yang hadir pada malam itu. Isu ini bukan mahu mencari alasan kekalahan TFC kepada JDT tetapi  mahu menunjukkan pasukan Terengganu…

Read More

Arab Saudi Wujud Bandar Hiburan Lebih Luas Daripada KL

RIYADH – Ketika China rancang sebuah bandar baharu bagi menggantikan ibu kota Beijing yang sesak trafik dan teruk tercemar udara lebih luas daripada New York, lain pun halnya di Arab Saudi. Kerajaan negara terbesar rantau Asia Barat itu dilaporkan bakal mewujudkan sebuah bandar hiburan awam khusus di selatan ibu kota Riyadh yang dianggarkan lebih besar daripada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sendiri. Dengan kawasan seluas 334 kilometer persegi itu (berbanding Kuala Lumpur hanya 243 kilometer persegi), ia akan menawarkan pelbagai kegiatan riadah keluarga sekali gus tarikan libur percutian baharu warga…

Read More

Hiburan Berkonsepkan Islam Perlu Diketengahkan

PASIR PUTEH – Hiburan yang berkonsepkan Islam perlu diketengahkan terutama membabitkan masyarakat luar bandar, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata ia penting bagi melahirkan insan yang berbudi pekerti, berakhlak dan berbudi serta mewujudkan perasaan kasih sayang dan saling membantu sesama Islam. “Program berteraskan Islam ini perlu diberi keutamaan kepada generasi muda agar mereka tidak terbabit dengan budaya negatif seperti melakukan jenayah dan penyalahgunaan dadah yang merosakkan masa depan mereka. “Islam perlu ditampilkan sebagai model contoh agar masyarakat bukan Islam terus menghormati kita,”…

Read More

JHEAT Serbu 9 Pusat Urut & Pusat Hiburan Di Kuala Terengganu

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT)  memperkasakan penguatkuasaan kegiatan maksiat apabila bertindak menyerbu pusat hiburan dan rumah Urut di Negeri ini semalam di 9 lokasi berasingan semalam. Menurut Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) Jheat, Nik Zulhaiza Ismail berkata seramai 6 orang  di tahan antaranya 5 lelaki dan seorang perempuan berumur antara 20 hingga ke 40 tahun berbangsa melayu beragama Islam. “Mereka ditahan dibawah seksyen 31 ( khalwat) dan melibatkan satu kes seksyen 29 ( perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah) dibawah  enekmen undang-undang  syariah negeri Terengganu. “Tangkapan itu hasil…

Read More

Sultan Mizan Tidak Mahu Aktiviti Hiburan Melampau Di Kompleks Komersial Terengganu

Sultan Terengganu Sultan, Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Nur Zahirah berangkat  mencemar duli  dan pekenan  merasmian Paya Bunga Square  hari ini. Baginda bangga dengan usaha yang diambil oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dalam membangunkan kompleks komersial pertama Terengganu yang menempatkan tiga komponen berbeza iaitu ruang niaga, pejabat dan hotel. Baginda bertitah , setiap kompleks komersial yang dibina tidak menganjurkan aktiviti hiburan yang melampau dan tidak berfaedah kepada rakyat kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Justeru , baginda  menyeru agar pihak pengurusan kompleks perlu memandang serius perkara ini. Sultan Mizan…

Read More

Kerajaan Negeri Batal Program Berbentuk Hiburan Sempena Tahun Baru

KUALA TERENGGANU, 25 Dis — Kerajaan negeri Terengganu mengarahkan segala acara dan majlis berbentuk hiburan termasuklah sambutan ambang tahun baharu dibatalkan.   Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Samiun Salleh berkata pembatalan tersebut adalah berikutan dengan bencana banjir yang melanda di hampir keseluruhan negeri Terengganu.   “Kerajaan negeri sekarang ini memfokuskan kepada keadaan banjir yang melanda di daerah-daerah dalam Terengganu.   “Oleh itu kerajaan telah mengarahkan agar segala anjuran berbentuk hiburan termasuklah program sambutan ambang tahun baharu yang kita telah rancang akan turut dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.   Samiun…

Read More