Tiga penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis (7 Gambar)

TAWAU – Polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai terlibat jenayah dan pengganas dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah ladang sawit, Blok 22, Jalan Kalabakan-Keningau di sini hari ini. Dalam kejadian lebih kurang 3.20 petang tersebut, bertindak atas maklumat pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau mengekori sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki kesemua suspek dalam keadaan mencurigakan di Batu 2, Jalan Kalabakan-Keningau dekat sini. Ketua Polis Daerah Tawau, Fadil Marsus berkata, menyedari kehadiran pihak polis, pemandu yang belum dikenalpasti identitinya memecut laju kenderaan terbabit menuju ke arah…

Read More

Dua penjenayah paling dikehendaki mati ditembak STAFOC (7 Gambar)

ALOR GAJAH – Dua penjenayah yang ditembak mati di Jalan Gangsa, Batu Berendam menghala ke Angkasa Nuri, dekat sini, hari ini dipercayai sedang menyasarkan mangsa dan lokasi untuk melakukan samun sebelum dikesan polis. Ketua Polis Daerah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, berkata siasatan awal mendapati, suspek mempunyai lapan rekod jenayah, iaitu empat kes di Shah Alam, Selangor dan masing-masing dua kes di Kuala Lumpur dan Johor. “Polis masih menyiasat latar belakang kedua-dua suspek dan mengesyaki sebelum kejadian berbalas tembakan tadi, mereka sedang menyasarkan mangsa dan lokasi untuk melakukan samun. “Mereka…

Read More

Bahagian 2 : ELAK CUKAI ADALAH JENAYAH KEWANGAN

Godaan nafsu dan kuasa yang dimiliki menjadikan sebilangan mereka di luar sana terus rambang atau buta dengan ketamakan mengaut kekayaan haram dan tidak membayar cukai langsung kepada negara. Sudah tentunya jenayah kewangan ini dilakukan oleh golongan professional, mempunyai kuasa dan pangkat dalam memastikan jenayah mereka ini tidak akan terbongkar. Menurut mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, jenayah ini dilakukan oleh golongan professional tanpa kekerasan sehingga kadangkala tidak dilihat sebagai satu jenayah yang terancang kerana ia dilakukan dengan sangat licik, teliti dan kreatif. Hal ini selalunya terjadi sebagai contoh…

Read More

Bahagian 1 : ELAK CUKAI ADALAH JENAYAH KEWANGAN 

Semakin maju sesebuah negara, maka semakin berleluasa jenayah yang berlaku, termasuklah jenayah kewangan atau jenayah kolar putih secara umumnya. Malaysia juga tidak terlepas dan akan melalui saat itu dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 dan TN50. Hal ini dibuktikan melalui statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJK), Malaysia yang menunjukkan kerugian akibat jenayah kolar putih berjumlah RM2.43 bilion pada tahun 2016 ataupun peningkatan sebanyak 95.10 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Ramai pembayar cukai yang patuh dan melaporkan pendapatan yang betul namun masih terdapat sebilangan pembayar cukai yang culas dan melaporkan…

Read More

Polis Terengganu berjaya selesai 65 peratus kes jenayah tahun ini

KUALA TERENGGANU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK) Terengganu menjadi salah sebuah kontinjen di negara ini yang berjaya mencatatkan peratusan tertinggi dalam menyelesaikan kes-kes jenayah bagi tahun 2017 iaitu sebanyak 65 peratus. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, peratusan tersebut adalah berdasarkan penyelesaian kertas siasatan, pertuduhan kes di mahkamah serta kes yang diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Menurutnya, selain daripada usaha pihak polis mengekang perbuatan jenayah yang berlaku di negeri ini, kejayaan tersebut turut disumbang atas kerjasama diberikan oleh masyarakat setempat yang…

Read More

Dua penjenayah cuba pecah rumah mati ditembak

SHAH ALAM – Dua penjenayah bersenjatakan parang dan pisau celoret berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai Geng Rantau mati ditembak di kawasan semak samun di Jalan Platinum, Seksyen 7 di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, seorang lagi ahli kumpulan tersebut berjaya melarikan diri dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan pihak polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai satu kejadian cubaan pecah rumah kira-kira pukul 3.40 pagi. Katanya, setibanya di lokasi kejadian, polis terserempak…

Read More

Penjenayah perang Bosnia bunuh diri minum racun

THE HAGUE, Belanda – Seorang penjenayah perang yang didapati bersalah meninggal dunia selepas dia mendakwa meminum racun di dalam sebuah bilik mahkamah di The Hague apabila rayuannya ditolak, demikian menurut media kerajaan Croatia seperti yang dilaporkan akhbar The Telegraph hari ini. Slobodan Praljak, 72, menghadiri perbicaraan rayuannya di Belanda pagi hari ini. Dia yang merupakan bekas ketua tentera Croatia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana jenayah perang di Mostar Timur. Ketika mendengar keputusan panel hakim Tribunal Jenayah Antarabangsa bahawa hukuman ke atasnya dikekalkan, Praljak kelihatan meminum daripada sebuah…

Read More

Polis Dubai guna motosikal terbang kejar penjenayah

DUBAI – Sekali pandang bagaikan lagak aksi dalam filem fiksyen sains namun polis Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak pernah berhenti membuat sensasi sehingga menjadi bahan berita. Sebelum ini pasukan polis di negara Teluk Parsi yang kaya minyak itu menggemparkan dunia apabila menggunakan pelbagai model kereta lumba mewah termasuk Bugatti Veyron sebagai jentera peronda khususnya di lebuh raya. Namun kini polis wilayah Dubai dilaporkan menggunakan sejenis motosikal terbang sekali gus menyaksikan barisan kenderaan pasukan tersebut lebih canggih berbanding penggunaan motosikal berkuasa tinggi yang sedia ada. Dengan jentera baharunya tersebut, kumpulan penjenayah…

Read More

Geng penjenayah Brazil hampir catat ‘rekod’ rompakan terbesar dalam sejarah dunia

SAO PAOLO – Sebuah percubaan rompakan bank gaya ‘klasik’ yang ditumpaskan di Sao Paolo baru-baru ini hampir menjadi kes rompakan bank terbesar dalam sejarah dunia, dengan kumpulan perompak melaburkan lebih sejuta dolar sebagai ‘modal memulakan rompakan’. Pihak polis Brazil menggagalkan percubaan itu apabila sebuah terowong ditemui menghala ke sebuah cawangan Bank of Brazil. Sejumlah 16 orang ditangkap susulan penemuan tersebut yang disifatkan pasukan penyiasat sebagai usaha yang ‘luar biasa’. Pasukan penyiasat telah menghabiskan masa dua bulan untuk memantau aktiviti tersebut. Mereka yang ditangkap telah dibawa ke bahagian utara bandar tersebut,…

Read More

Waspada Penjenayah Menyamar Pekerja TNB

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB berikutan kes warga emas yang disamun di rumahnya, oleh penjenayah yang menyamar sebagai pekerja TNB beberapa hari lepas. Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Dalaman (TNB), Datuk Omar Sidek berkata anggota kerja TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah, berjaket biru dengan logo serta nama, ketika menjalankan tugas. “Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian selepas meter kerana ia…

Read More