Maut akibat pendarahan dalam paru-paru, isteri mangsa syak ada unsur jenayah

JENAZAH Laskar Kelas 1, Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dituntut ahli keluarga selepas selesai dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh jam 9 malam tadi. Proses bedah siasat bermula kira-kira jam 3.30 petang hari ini bagi mengenalpasti punca kematian sebenar Nik Muhammad Baihaqy dan Laskar Kelas 1, Allahyarham Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 28, yang turut dilaporkan meninggal dunia ketika ditahan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, petang semalam. Bedah siasat terhadap Nik Muhammad Bahaiqy selesai jam 8 malam tadi sebelum dimandi dan dikafankan…

Read More

‘Kad sakit mental bukan ‘lesen’ untuk melakukan jenayah’ – Doktor

“Kalau dah tahu mental, masukkan je la ke Tanjung Rambutan,” demikian kata netizen mengulas kes seorang lelaki didakwa mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas stesen minyak di Machang, Kelantan. Tidak kurang juga netizen yang berpendapat bahawa pesakit mental hanya mengalami masalah mental sahaja, namun nafsunya tidak. Sebelum ini ahli keluarga suspek telah tampil dan menjelaskan tentang keadaan suspek yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Mental. Dalam penjelasan itu juga menyatakan, bukan semudah ABC untuk menempatkan suspek di wad mental kerana memerlukan sebab yang tertentu. Malangnya, netizen seperti…

Read More

Cabut kondom ketika seks ‘jenayah berat’ – Aktivis

Kes-kes mencabut kondom diam-diam ketika bersetubuh, tanpa persetujuan pasangan, sedang meningkat dan harus dianggap “jenayah berat”. Lelaki yang melakukan tindakan ini, digelar “stealthing”, berbangga di internet walau ia boleh menyebarkan penyakit atau menyebabkan kehamilan tanpa dirancang. Dalam laporan jurnal Columbia Journal of Gender and Law, pengarang makalah isu ini menggesa tindakan itu dianggap sejenis serangan seks, lapor USA Today. Alexandra Brodsky berkata tiada undang-undang khusus menangani gejala berbahaya ini tetapi beliau melihat ia melanggar undang-undang jenayah dan sivil. Kajian itu menunjukkan forum-forum maya menjadi tempat lelaki mengajar cara-cara melakukannya, menganggap…

Read More

Polis Cedera Ditembak Penjenayah Warga Afrika

PETALING JAYA: Seorang anggota polis cedera dipercayai ditembak lelaki warga Afrika di Jalan Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara di sini, Selasa. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, anggota berpangkat Lans Koperal dikenali sebagai Syarom dari Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Sri Damansara cedera di paha kiri. Menurut jurucakap polis, anggota polis itu kini dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Sungai Buloh. Beliau berkata terdahulu, anggota itu bersama rakan setugasnya sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan kereta Perodua Myvi berwarna putih yang mencurigakan. “Anggota kemudian mengejar kereta yang dinaiki tiga…

Read More

Saya Ditawar RM2 Juta Sebulan ‘Tutup Mata’ Aktiviti Jenayah – Musa Hassan

  KUALA LUMPUR – Sejumlah besar wang ditawarkan untuk rasuah, demikian dakwa bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai beliau ditawarkan RM2 juta sebulan sebagai bayaran bagi menutup mata terhadap aktiviti jenayah.   Mereka bagaimanapun silap percaturan apabila pemimpin tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu bukan sahaja menolak tawaran tersebut, bahkan mempergiatkan gerakan membanteras jenayah terancang.   “Semasa saya di sana (PDRM), sindiket menawarkan saya RM2 juta sebulan supaya membolehkan mereka menjalankan aktiviti perjudian, pelacuran, dadah dan lintah darat tanpa diperiksa.   “Saya tolak dan pastikan mereka ditangkap,” katanya…

Read More

SRS Bantu Kurang Kes Jenayah – PDRM

KUALA TERENGGANU : “Program Jom Ronda” Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi peringkat Dun Wakaf Mempelam telah dijalankan pada 28 april yang lalu. Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negera dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Kampung Panji. Turut hadir Pegawai Pembangunan Dun Wakf Mempelam, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Pegawai RELA Daerah Kuala Terengganu, Pegawai JPNIN Daerah Kuala Terengganu, Penghulu Mukim Gelugor Raja, Ketua Balai POLIS Cabang Tiga dan pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Dun Wakaf Mempelam. Program yang diadakan ini bagi tujuan memupuk kerjasama antara…

Read More

Kehilangan Mashitah dan dua anak tiada unsur jenayah – Polis

KUALA TERENGGANU – Kes kehilangan seorang ibu tunggal bersama dua anaknya yang menjadi perhatian di laman sosial baru-baru ini, hampir menemui titik penamat apabila polis mengesahkan telah berjaya menjejaki mereka. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Ab Rafar berkata, pihaknya telah berjaya mengesan lokasi ketiga-tiga beranak itu dan mengesahkan, kehilangan mereka tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. “Pihak kami telah berjaya menghubungi Mashitah dan dia memberitahu dalam keadaan selamat bersama dua anaknya serta memaklumkan lokasi mereka berada. “Dalam masa sama, polis dimaklumkan yang Mashitah ada menghubungi salah seorang ahli…

Read More

Jenayah curi kenderaan paling tinggi di sempadan Kelantan-Terengganu

KUALA TERENGGANU- Jenayah curi kenderaan merupakan penyumbang utama peningkatan indeks jenayah yang melibatkan daerah bersempadan Kelantan-Terengganu iaitu Besut, Setiu, Pasir Putih dan Bachok, Kelantan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kedua-dua negeri ini berdepan masalah kecurian kenderaan yang agak ketara, khususnya motosikal yang mana ia dicuri dan dibawa merentasi sempadan sebelum dileraikan untuk dijual sebagai alat ganti. “Jenayah kecurian motosikal menjadi penyumbang separuh daripada jumlah jenayah indeks di negeri ini dalam tempoh Januari hingga Jun iaitu 50.1 peratus. “Manakala Besut turut mencatatkan kenaikan…

Read More

Jenayah internet remaja di Terengganu terkawal

BESUT – Kegiatan jenayah menerusi penggunaan internet di kalangan remaja di Terengganu terkawal, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hashim Abdul Jalil. Katanya, polis Terengganu sering melakukan risikan dan pengawasan ke atas kegiatan penggunaan internet khususnya oleh remaja bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam kegiatan jenayah terancang termasuk menyertai kumpulan militan yang kini merekrut anggota menerusi Internet. “Walaupun sebelum ini PDRM berjaya mengesan segelintir remaja dalam negara ini terlibat dalam kegiatan jenayah seperti terrorisme menerusi khidmat internet, namun gejala itu didapati tidak berlaku di kalangan remaja di negeri ini,” katanya.…

Read More