PRU14Terengganu : First VOTERS ditimbang dacing

Proses pengundian berjalan lancar di negeri Terengganu ketika ini dimana setiap proses berjalan sepertimana yang dirancang. Pilihanraya umum ke 14 (PRU14) kali ini telah memberi peluang kepada pengundi kali pertama dan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar bagi memilih calon pilihan mereka. Seramai 10,000 orang pengundi kali pertama yang dinafikan hak untuk menerima ilmu 19 tahun lalu (1999) menunaikan tanggungjawabnya hari ini dan membuat pilihan yang tepat. Tinjau dibuat kepada beberapa lokasi berkaitan pengundi kali pertama pagi ini, mereka sangat teruja untuk mengundi dan memilih parti yang terbaik untuk masa…

Read More

#PRU14Terengganu: Telefon bimbit pemimpin BN diserang panggilan ‘spam’

KUALA LUMPUR: Telefon bimbit milik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menerima serangan teknikal sejak awal pagi ini. Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata pemimpin parti itu menerima panggilan dari luar negara tanpa henti. Beliau mendakwa, tindakan itu jelas bertujuan menghalang komunikasi antara pemimpin dengan jentera parti berkenaan. “Panggilan dari luar negara berterusan dalam tempoh beberapa saat! “Untuk menghalang kami berkomunikasi dengan jentera parti. Ini taktik kotor!” katannya menerusi Twitter. Seorang lagi pemimpin BN, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata telefon bimbitnya menerima panggilan spam sejak…

Read More

PRU14Terengganu: BN dijangka kekal kuasa – Analisis

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yakin mengekalkan kuasa persekutuan dalam apa yang disifatkan sebagai pilihan raya yang menyaksikan pertembungan paling banyak penjuru dalam sejarah politik negara, menurut kaji selidik oleh firma tinjauan pendapat awam, Merdeka Center. Tinjauan mendapati bahawa BN akan memenangi 100 daripada 222 kerusi parlimen dengan 37 kerusi menunjukkan persaingan sengit sementara Pakatan Harapan (PH) dijangka menang 83 kerusi dan PAS hanya tinggal dua kerusi parlimen. “Berdasarkan dapatan tinjauan dan proses pilihan raya yang berjalan lancar pada 9 Mei 2018, kami mendapati BN mengekalkan kelebihan kerusi yang…

Read More

Tiada bayaran tol sempena Hari Raya Aidilfitri

Tiada bayaran tol sempena Hari Raya Aidilfitri PEKAN 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Perdana Menteri berkata, tempoh tiada bayaran tol itu adalah untuk lima hari. “Dua hari sebelum raya dan pada hari raya pertama hingga ketiga,” katanya ketika lintas langsung Perutusan Khas sempena PRU-14 di pekarangan kediaman Sri Kenangan, Peramu Jaya di sini malam ini. Golongan muda bawah 26 tahun dikecuali cukai…

Read More

PRU-14: MB Razif Lancar Manifesto Barisan Nasional Terengganu

Pengerusi Barisan Nasinonal (BN) Negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  telah melancarkan manifesto BN Terengganu bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang bertemakan ‘Masa Hadapan, Kita Bina Bersama’ di di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini. Turut bersama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan tempatan negeri Terengganu. Manifesto tersebut mempunyai Lima Teras Akujanji utama dan 20 Titik Sentuhan (Touch Points) yang bersifat menyeluruh serta meliputi semua lapisan rakyat di negeri ini. Di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang sangat komited…

Read More

700 bot meriahkan perarakan Gelombang Nelayan Nasional  2017

KEMAMAN – Lebih 700 bot menyertai perarakan Gelombang Nelayan Nasional 2017 (GNN2017) sebagai simbolik kekuatan dan kebanggaan golongan nelayan yang berlangsung di Pantai Kuala Kerteh,disini. Program yang berlangsung sejak 12 oktober lalu telah berjaya menghimpunkan lebih 30,000 orang nelayan dan keluarga mereka. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata GNN 2017 menyelami kehidupan masyarakat nelayan dengan lebih mendalam, budaya mereka pe mainan mereka dan cara hiburan mereka serta ianya telah menghidangkan satu pengalaman dan berbeza kepada pengunjung. Katanya, ini adalah salah satu usaha kita…

Read More

FC Pemanis wakil Terengganu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kelab FC Pemanis yang berpangkalan Kampung Pulau Manis Serada Kuala Terengganu telah terpilih mewakili negeri Terengganu dalam kejohanan Hari Komuniti Bola Sepak yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 19 Mei esok. Lebih menarik, FC Pemanis adalah satu-satunya wakil dari Pantai Timur yang akan beraksi pada kejohanan itu dan ini menjadi kebanggaan dan pengiktirafan kepada wakil pasukan negeri Terengganu. FC Pemanis dijadualkan berlawan dengan pasukan Shah Alam Antlers FC (SAAFC) pada jam 8 malam dan Antlers FC yang merupakan juara Liga Lembah Klang tahun ini di…

Read More

APAKAH TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)?

APAKAH TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)? Malaysia merayakan kejayaan 60 tahun sebagai sebuah negara yang Merdeka. Bermula dengan serba kekurangan dan dalam ketidaktentuan, kita telah berkembang dan membangun dengan begitu ketara. Kita telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang moden. Generasi seterusnya telah menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Persekitaran ekonomi, sosial dan politik kita lebih memberangsangkan. Keunikan dan kepelbagaian yang harmoni telah memberikan kita identiti yang tersendiri… Info lanjut: http://mytn50.com/

Read More

#PAU2016 : Pendidikan seimbang lahir bangsa Khayra Ummah menjelang Transformasi Nasional 2050

. Menjelang usaha Malaysia untuk mencapai Transformasi Nasional pada tahun 2050, negara perlu seimbang dari segi pendidikan dunia dan akhirat kepada rakyat terutamanya orang Melayu dalam melahirkan bangsa Khayra Ummah atau bangsa terbaik dalam 30 tahun yang akan datang. Wakil pembahas Terengganu Mohd Iskandar Jaafar berkata, faktor pendidikan dan modal insan adalah fokus penting dalam melahirkan generasi yang menepati Khayra Ummah. ‘Dalam kita berusaha mencapai khayra ummah TN 2050 salah satu faktornya adalah mempunyai modal insan yang boleh kita ketengahkan atau kita hasilkan modal insan yang menepati khayra ummah’. ‘Jadi…

Read More

Jawatan Kosong Guru Tabika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan ini mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebagai:  Jawatan: Guru Tabika Perpaduan S27 Cara Permohonan Closing date: 27 Julai 2015 Borang Permohonan (KLIK SINI) Iklan Kekosongan (KLIK SINI)

Read More