(Video) Hilang nyawa selepas 86 das tembakan, kisah penderitaan gajah betina ini buat netizen menangis

Gajah merupakan haiwan mamalia (darat) terbesar di dunia yang boleh ditemui di pelbagai jenis habitat seperti di savana, gurun, paya dan pesisiran tasik. Selain digunakan oleh manusia sebagai ‘pekerja’, gajah juga seringkali dipertontonkan kepada manusia di zoo dan sarkas. Menyentuh mengenai sarkas, kisah seekor gajah betina berasal dari Mozambique, diambil oleh pemburu liar semenjak berusia bayi untuk dijual di pasaran gelap sebelum dibeli dan dilatih sebagai gajah sarkas. Bermula dari situ, Tyke mula dipukul, dirantai, disiram dan diseksa setiap hari semata-mata mahukan haiwan itu mematuhi arahan manusia bagi menghiburkan pengunjung…

Read More

‘Bukan kali pertama saya dikutuk, tak terjejas pun’ – Neelofa

Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, dikritik teruk di media sosial kerana mengayakan persalinan bersaiz besar yang dilengkapi dengan beg pinggang (pouch beg) dalam sebuah acara. Biarpun begitu, Neelofa mengaku dia menyukai busana tersebut dan terharu apabila dia menjadi pilihan sebuah label terkemuka (Marc Jacob) untuk mengayakan fesyen tersebut dan tidak mempedulikan apa yang diperkatakan oleh netizen di media sosial. “Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah…

Read More

“Kakak Yang Berak, Adik Pula Kena Tahi”

SEJAK semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penahanan Uqasha Senrose setelah pelakon jelita itu terbabit dalam kontroversi kes dadah. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Zain telah ditahan pada tengah hari semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pemilikan dadah jenis eramin 5 yang ditemui dalam tas tangan miliknya. Mungkin rimas dikecam peminat, pelakon drama bersiri Tundukkan Playboy itu lantas mengambil keputusan mematikan fungsi komen di laman Instagram miliknya kira-kira jam 11 malam tadi. Namun malang sekali buatnya apabila tindakan aktres itu nampaknya masih tidak berjaya halang hasrat netizen…

Read More

Pas berjanji tutup pusat hiburan seluruh Terengganu?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah portal pro pembangkang(Pas) pada sebelah  pagi ini menyatakan bahawa Pas parti itu akan menutup semua pusat-pusat hiburan apabila berjaya mentadbir negeri Terengganu pada 10 mei ini. Artikel yang bertajuk “Pas akan hapuskan semua bentuk hiburan” itu juga dikatakan dapat menarik sokongan golongan muda hari ini. Menurut portal itu, Pas akan mengambil contoh sebagaimana pada yang dilakukan pada tahaun 1999 hingga 2004 yang lalu dimana semua pusat judi, arak, karaoke, dan panging wayang ditutup sepenuhnya di Terengganu. Pada ketika itu semua rakyat dapat menerima…

Read More

Izreen Lebih Tenang Sejak Tutup Ruangan Komen IG

PELAKON sensasi Izreen Azminda mengakui hidupnya lebih tenang selepas menutup ruangan komen di akaun laman sosial Instagram. Malah, pelakon wanita itu turut mendedahkan bahawa dia juga jarang membuka mahupun membaca sebarang mesej peribadi (direct message) yang dihantar oleh netizen di laman berkenaan. Jelasnya, dia mengambil langkah untuk membiarkan sahaja bagi mengelakkan daripada terbaca sesuatu yang mungkin akan mengguris hatinya sendiri. “Saya lebih tenang dengan keadaan sekarang apabila tutup ruang komen sebab saya tidak suka perbalahan atau komen negatif. Malah, saya juga tidak suka benda-benda ini ada di dalam Instagram saya.…

Read More

Lufya ajar anak pakai tudung kena kritik

PELAKON Lufya Omar hanya mengambil maklum komen netizen yang mengatakan anaknya masih belum sesuai untuk bertudung secara positif. Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata dia sememangnya sengaja memakaikan tudung anaknya yang baru berusia enam bulan itu. Menurutnya, ia adalah salah satu cara untuk dia mendidik pada awal usia supaya puteri sulungnya itu tidak kekok mengenakan hijab apabila sudah dewasa. “Sebenarnya netizen salah faham, anak saya pakai tudung itu bukanlah seharian. Hanya untuk setengah jam sahaja. Netizen kesian melihat anak Lufya yang masih kecil memakai tudung. “Saya anggap komen mereka…

Read More

“Baju nampak ketat, mungkin saya dah gemuk” – Janna Nick

PELAKON Janna Nick menjawab persoalan netizen mengenai pemakaiannya yang dikatakan semakin seksi. Menurut Janna, 23, pertambahan berat badan mungkin menjadi faktor pakaian yang digayakan olehnya sebelum ini nampak ketat dan tidak sesuai. “Mungkin badan saya dah semakin gemuk menyebabkan baju yang dipakai nampak ketat,” katanya kepada mStar Online. Janna ceburi bidang perniagaan dan lancar produk penjagaan diri diberi nama Sephia. Dalam perkembangan yang lain, Janna Nick baru sahaja melancarkan produk penjagaan diri diberi nama Sephia. Produk berasaskan minyak argan itu sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan…

Read More

Kerosakan Gelanggang Futsal diatas sikap kita sendiri

Kerajaan negeri memperuntutkan RM 150 ribu bagi gelanggang yang terbuka dan RM 300 ribu bagi gelanggang tertutup yang mana telah memberi manfaat kepada anak muda untuk beriadah dan bersukan. Kesemuanya pembinaan itu dan seliaan telah dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Daerah dan ianya turut diserahkan kepada ngo-ngo tempatan bagi menguruskan perjalanan dan susunatur setiap gelanggang futsal sedia ada. Menurut Pengerusi Belia dan Sukan negeri Dato’ Rozi Mamat sebelum ini, kira-kira 300 buah gelanggang futsal dibina di negeri ini yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan.…

Read More

Adi Putra Tayang IC, Layak Mengundi Pada PRU14

STATUS kerakyatannya sering menjadi buah mulut orang ramai. Malah, pelakon, Datuk Adi Putra masih dianggap sebagai pelakon Singapura biarpun sudah lama bertapak dalam industri seni di Malaysia. Bagi menjawab pertikaian dari beberapa pihak yang masih menganggap dia merupakan warganegara Singapura, Adi mengambil pendekatan untuk berkongsi status kerakyatannya di negara ini kepada umum. Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkata, dia sedar bahawa ramai pihak sering membangkitkan perkara itu, ini kerana dia sememangnya merupakan warga Singapura sebelum ini. Menerusi perkongsiannya di laman Instagram itu, Adi memuat naik gambar kad…

Read More

Stadium Wembley Bakal Dibeli Jutawan Islam

BAGI penyokong liga Inggeris pasti sudah sedia maklum mengenai stadium inikan? Wembley merupakan salah satu stadium terbesar di dunia dan tempat paling ikonik dalam sukan global. Stadium bola sepak yang pernah dibina semula antara tahun 2002 hingga 2007 lalu dengan anggaran kos sebanyak AS$1.1 bilion (RM4.3 bilion) itu dilaporkan bakal mempunyai pemilik baharu seorang individu Muslim. Laporan eksklusif CNN memetik Persatuan Bola Sepak England atau juga disebut FA mengesahkan pihaknya ada menerima tawaran untuk pembelian stadium Wembley namun tidak mendedahkan daripada siapa. Dalam masa sama, stesen itu mendedahkan tawaran itu dibuat Shahid Khan…

Read More