VELODROM Dungun Mercu Tanda Kejayaan Sukan Berbasikal Terengganu

UMUM sedia maklum Terengganu adalah sebuah negeri yang banyak melahirkan bakat-bakat sukan terutama dalam sukan berbasikal yang mana telah melahirkan jogaan jaguh basikal dunia seperti Azizul Hasni Awang “The Pocket Rocketman”. Diatas kejayaan demi kejayaan yang telah dicipta oleh anak tempatan itu maka kerajaan pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperuntutkan RM 2 juta untuk pembinaan velodrom pada 2010 yang lalu dimana velodrom tersebut untuk kegunaan latihan sahaja. Melihat perkembangan positif pembangunan sukan berbasikal Terengganu sejak beberapa tahun kebelakangan lalu amat memuaskan maka perkiraan untuk mendirikan velodrom yang…

Read More

Anugerah Sukan Terengganu: Senarai penuh pemenang

Majlis Anugerah Sukan Terengganu 2017 telah diadakan di Wisma Darul Iman malam ini. Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada atlet anak Terengganu yang mencapai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekaligus mengharumkan nama negeri dan negara. Program ini dilaksanakan tepat pada masanya selepas atlet negeri Terengganu terus mencatat kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai acara sukan dalam kejohanan yang diwujudkan. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Exco Belia, Sukan dan Sumber…

Read More

Live Streaming Anugerah Sukan Terengganu AST 2017 pada 9 April 2018

Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2017 berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Isnin, 9 April 2018. Program itu bertujuan memberi pengiktirafan tertinggi kepada atlet anak Terengganu yang mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa yang mengharumkan nama negeri dan negera. Saksikan siaran langsung Majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2017 secara live di sini bermula pukul 8.00 malam. Live Streaming Anugerah Sukan Terengganu AST 2017 Jadual Siaran Anugerah Sukan Terengganu AST 2017 Tarikh: 9 April 2018 (Isnin) Masa: 8.00 malam Venue: Dewan Besar, Wisma Darul Iman

Read More

‘Gelombang Biru’ banjiri Bandar Sukan Kuala Lumpur (10 Gambar)

KUALA LUMPUR – Ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) mula membanjiri Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil untuk menghadiri pelancaran Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 BN, malam Sabtu. Mereka tampil berpakaian warna ‘royal blue’, sebagai tanda sokongan padu kepada BN. Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika ditemui berkata, lebih daripada 40,000 penyokong BN dari seluruh negara telah mengesahkan kehadiran mereka pada Sabtu. Katanya, beberapa skrin besar turut disediakan di perkarangan stadium bagi mereka yang tidak dapat masuk ke dalam stadium untuk mengikuti majlis gilang-gemilang itu secara langsung…

Read More

Sukan Komanwel 2018: Azizulhasni tarik diri acara pecut

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menarik diri daripada acara pecut pada temasya Sukan Komanwel 2018 berikutan masih bergelut dengan jangkitan virus yang dialaminya semasa Kejuaraan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda, awal bulan lepas. Keputusan menarik diri dalam acara pecut itu disahkan oleh jurulatih trek negara, John Beasley. Bagaimanapun, katanya, pelumba berusia 30 tahun dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ boleh melakukan kejutan sekiranya layak ke final acara keirin di sini esok. Beliau berkata Azizulhasni terpaksa menarik diri daripada acara pecut selepas diserang jangkitan virus kali kedua pada…

Read More

Kompleks sukan baharu bakal dibina di DUN Jabi

KUALA NERUS – Sebuah kompleks sukan akan dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, dalam Parlimen Setiu tidak lama lagi. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kompleks berharga RM9 juta itu akan menjadi kemudahan untuk rakyat di sekitar kawasan berkenaan. “Ini adalah kemudahan sukan ketiga yang akan dibina di negeri ini selain daripada sebuah velodrom di Dungun dan kompleks sukan di Telemong (Hulu Terengganu). “Jadi diharapkan, dengan adanya kompleks ini akan menjadi dorongan kepada negeri Terengganu untuk melahirkan lebih ramai jaguh sukan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada…

Read More

Terengganu diisytihar pusat sukan berbasikal negara

DUNGUN – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mengisytiharkan Terengganu sebagai Pusat Sukan Berbasikal Negara berdasarkan pencapaian cemerlang atlet berbasikal kelahiran negeri ini di peringkat dunia. Khairy Jamaluddin berkata, pengisytiharan itu selaras dengan pencapaian konsisten Terengganu dalam pembangunan sukan berbasikal di peringkat pelapis sehingga mampu melahirkan juara dunia seperti Azizulhasni Awang dan ratu trek negara, Fatehah Mustapa. Menurutnya, negeri itu turut mengukir satu lagi sejarah negara apabila Terengganu Cycling Team (TAG) menerusi pelumba importnya, Artem Overchkin berjaya merangkul jersi kuning dalam saingan peringkat akhir Le Tour…

Read More

Pengurus besar PPN Terengganu didakwa palsukan invois

KUALA TERENGGANU – Bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berhubung penyelenggaraan kenderaan milik agensi itu berjumlah RM1,140 pada tiga tahun lalu. Tertuduh, Che Sa’adon Che Yahya, 54, yang ditukarkan ke PPN Kelantan baru-baru ini membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz. Berdasarkan pertuduhan, Che Sa’adon didakwa memperdaya PPN Terengganu dengan mengemukakan tuntutan palsu berhubung penyelenggaraan kenderaan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Kota Bahru, Kelantan. Tertuduh didakwa menukar…

Read More

Muay Thai Antarabangsa Terengganu 2018 tampil pemenang emas Sukan SEA

KUALA TERENGGANU – Kelab Muay Thai Kampung Kubang Jela (KMTKJ) sekali lagi akan menganjurkan kejohanan Muay Thai Jemputan Antarabangsa Terengganu 2018 yang bakal diadakan di Stadium Negeri, Jumaat ini. Pengerusi KMTKJ, Mohd Azmi Deraman berkata kejohanan yang bermula 8 malam itu dianjurkan dengan kerjasama Polis Kontinjen Terengganu, Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu, dan Majlis Sukan Negeri Terengganu. “Berbanding kejohanan yang sama pada Januari, kejohanan kali ini menampilkan peninju yang lebih berkualiti antaranya pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Mohd Ali Yaakob dan beberapa peniju handalan dari Thailand. “Malah, pentas persembahan…

Read More

Sebab pasukan Terengganu FC tidak bermain di Stadium Sultan Mizan

Para peminat pasukan Terengganu mempersoalkan kenapa perlawanan menentang JDT malam ini tidak diadakan di Stadium Sultan Mizan (SSM) kerana ramai di antara mereka gagal mendapatkan tiket bagi perlawanan tersebut. Ini kerana, kapasiti SSM lebih besar berbanding Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dan mampu memuatkan lebih ramai penonton. Untuk pengetahuan peminat, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti sendiri yang memohon dengan PBSNT untuk menggunakan SSINS sebagai ‘home’ stadium kerana beliau mahukan sorakan yang padu daripada penyokong tulen skuad Peteh. Tiada guna bermain di stadium yang besar tetapi penyokong yang hadir boleh dibilang…

Read More