Hoki: Malaysia Tigers tundukkan juara Sukan Olimpik 2016, Argentina 2-1

IPOH – Skuad Malaysia Tigers berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Argentina dengan keputusan 2-1 sewaktu aksi Piala Sultan Azlan Shah 2018 di Stadium Hoki Azlan Shah, sini, sebentar tadi. Gol Malaysia dalam perlawanan tersebut dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-20 dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-28. Sementara gol Argentina diperoleh menerusi Diego Paz pada minit ke-32. Selepas ini Malaysia dijadual menentang India pada esok pukul 8.30 malam di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. – UTUSAN…

Read More

Yakin TFC mampu mencabar pasukan Liga Malaysia – Kelab PETEH

  Pemain Terengganu Football Club (TFC) bersama Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak petang semalam.Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) yakin pasukan Terengganu Football Club (TFC) mampu memberi saingan dan menjadi antara pasukan yang mencabar dalam Liga Malaysia musim ini. Pengerusinya, Dato’ Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata dengan penjenamaan semula TFC akan memberi semangat kepada pasukan dan penyokong setia Terengganu. ‘Penjenamaan semula TFC adalah langkah yang bijak oleh kepimpinan yang diketuai Presiden PBSNT dan ia menimbulkan harapan baru kepada peminat khususnya anak muda untuk melihat…

Read More

Pasukan bola sepak tempatan bakal terima ‘bayaran’ penyiaran

JOHOR BAHRU — Pasukan-pasukan bola sepak tempatan bakal menerima ‘bayaran’ daripada agihan hak penyiaran di iflix, yang dijangka bernilai RM30 juta setahun, bermula tahun ini, titah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Baginda yang juga Pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) bertitah ia bakal dinikmati semua pasukan bola sepak Malaysia yang bertanding dalam Liga Malaysia selama 10 tahun. Tunku Ismail bertitah hak penyiaran berkenaan adalah hasil jalinan kerjasama yang dimeterai antara FMLLP dengan syarikat ekonomi digital antarabangsa, iflix. “Apa sahaja duit hak…

Read More

ATFC diberi kepercayaan menjadi pengiring pemain pasukan Terengganu FC

Tahun ketiga Akademi Terengganu FC (ATFC) diberi kepercayaan menjadi pelengkap kepada setiap perlawanan diantara pasukan bola sepak negeri Terengganu (Terengganu FC) dihalaman sendiri. ATFC telah dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menjadi salah sebuah akademi yang dipertanggungjawab sebagai pengiring pemain Terengganu FC dalam pertandingan Liga Super dan Piala Malaysia 2018 Akademi itu ditubuhkan sejak tiga tahun lalu kini serta bawah bimbingan enam jurulatih berpengalaman termasuklah Bazli Mohd. Noor dari Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) serta bekas pemain negeri sekitar tahun 1990-an, Fauzi Abdul Rahman. Peranan utama ATFC dan…

Read More

Kerajaan negeri beri insentif atlet Sukan SEA

Seramai 62 atlet Sukan SEA dan 24 atlet Sukan Para ASEAN kelahiran Terengganu yang cemerlang membantu Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu menerima insentif penghargaan daripada kerajaan negeri malam ini. Majlis penyerahan sumbangan disampaikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Primula Beach Hotel. Hadir sama Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail. Sementara itu 99 atlet Sukan SEA dan 33 orang Para ASEAN menerima…

Read More

Bajet Terengganu 2018 : Sukan Ekstrem Di Bukit Keluang, Bukit Bubus Acara Tahunan

Kerajaan negeri akan menjadikan pelancongan ekstrem seperti hiking para gliding dan mountain bike di Bukit Keluang – Bukit Bubus, di Kota Putera sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kertas kerja dan perancangan itu kepada Kerajaan Pusat bagi melihat potensi dan kekuatan lokasi pelancongan berkenaan untuk ditambah baik pada masa depan. Katanya, kerajaan juga memberi keutamaan kepada penglibatan peserta antarabangsa bagi memastikan nama Terengganu terkenal di persada dunia sekali gus menaikkan sektor ekonomi negeri. “Bagaimanapun bajet untuk…

Read More

Boling: Malaysia juara dunia acara berpasukan wanita

KUALA LUMPUR – Setelah 10 tahun berlalu, Malaysia muncul juara dunia sekali lagi dalam acara berpasukan wanita apabila skuad negara yang diketuai pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli menewaskan Singapura dalam perlawanan akhir Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini. Selain Shalin, skuad negara yang diwakili Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan mengetepikan cabaran musuh ketat Singapura menerusi jatuhan pin 214-209 dan 188-177 pada final yang berlangsung di South Point Bowling Center. Sebelum ini, Malaysia pernah meraih emas acara berpasukan…

Read More

Anuar Manan, Adiq Husainie tinggalkan TSG, tubuh pasukan sendiri

Tonggak Terengganu Cycling Team (TSG), Anuar Manan dan Adiq Husainie Othman, sah meninggalkan pasukan bertaraf benua itu selepas beralih angin menyarung jersi Amskins Forca Racing untuk mengharungi Jelajah Siak di Indonesia yang berakhir semalam. Anuar, Adiq dan tiga pelumba lagi bertindak membentuk Amskins Forca Racing, minggu lalu. Mereka membuat penampilkan pertama dalam Jelajah Siak yang menyaksikan Anuar menaiki podium dalam perlumbaan peringkat ketiga manakala Sofian Omar di tangga kedua untuk menyarung jersi kuning bagi juara keseluruhan. Dua lagi pelumba yang menyertai Amskins Forca Racing ialah Olimpian, Amir Mustafa Rusli dan…

Read More

Syarat baharu permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Imtiaz 2018

Yayasan Terengganu telah bersetuju untuk menetapkan syarat baharu dengan syarat UPSR minimum 4A 2B (6A, 5A1B & 4A2B) sahaja yang layak memohon. KELONGGARAN ini hanya diberikan kepada RAKYAT TERENGGANU sahaja. Walau bagaimana pun, keputusan panggilan temuduga dan tawaran kemasukan tertakluk kepada keputusan UPSR dan temuduga yang tertinggi. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH 03 DISEMBER 2017 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN: 1. Mendapat minimum 4A 2B dalam UPSR 2017. 2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu: ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan…

Read More

Pasukan Bola Sepak Terengganu : Keputusan Tepat, Matlamat Jelas.

Pasukan bola sepak berstatus kelab iaitu T-Team sudah berada dalam kancah bola sepak tanah air selama sepuluh tahun sejak ianya ditubuhkan pada 2006 yang lalu. Menurut rekod sejak penubuhan pasukan T-Team diasaskan pada 14 Julai 2006 sebagai PBDKT T-Team FC seterusnya didaftarkan melalui Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu. Pada musim 2007/08, T-Team menyertai Liga FAM dan muncul johan dalam kejohanan tersebut dan selaku juara, T-Team layak beraksi dalam Liga Perdana Malaysia pada musim berikutnya (2009). Setelah beraksi dalam liga perdana musim 2010, T-Team layak beraksi dalam Liga Super Malaysia setelah…

Read More