Dr Samsuri anak murid atau sekadar ‘boneka’ Hadi Awang?

Setiausaha Politik Presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang, Dr Samsuri Mokhtar bakal bertanding di Dun Rhu Rendang pada PRU14 ini.

Pada awalnya, anak jati Jertih, Besut itu diterima oleh penduduk Rhu Rendang, tetapi beberapa hari lalu timbul cakap-cakap yang tidak enak didengar mengatakan bahawa Dr Samsuri tidak lebih dari boneka Hadi Awang sahaja.

Kata mereka, setiap gerak geri Dr Samsuri dikawal sepenuhnya oleh Hadi Awang.

Adakah benar Dr Samsuri boneka Hadi Awang?

Sebelum ini, ketika hari penamaan calon ada wartawan dari Malaysiakini bertanya soalan kepada Dr Samsuri mengenai peluangnya untuk menang di Dun Rhu Rendang tanpa bantuan Hadi Awang. Tetapi belum sempat Dr Samsuri menjawab, Hadi telah mencelah dan menjawab bagi pihak Dr Samsuri.

Persoalannya, kenapa soalan tersebut tidak dijawab sendiri oleh Dr Samsuri?

Adakah kerana Hadi tidak yakin ia mampu dijawab dengan baik oleh anak muridnya?

Bila difikirkan, ada benarnya juga untuk dikaitkan dengan dakwaan bahawa Dr Samsuri tidak lain tidak bukan hanyalah boneka Hadi Awang.

Jika ia benar, maka amat malang bagi pengundi di Rhu Rendang malah Dr Samsuri juga disebut-sebut bakal menjadi MB Terengganu sekiranya Pas memenangi pilihan raya.

Related posts

Leave a Comment