Dua beranak maut dalam kemalangan di Kuantan (7 Gambar)

Dua beranak maut dalam kemalangan

KUANTAN: Dua beranak maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori membawa muatan tanah di Kampung Sungai Soi, di sini, hari ini.

Tuan Mohd Zulhaizee Tuan Temeran, 38 dan ibunya, Kelsom Hamat, 66, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu dipercayai berlaku apabila lori muatan 12 tan dipandu dari arah Sungai Soi ke Kuantan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar Proton Iswara dipandu Tuan Mohd Zulhaizee.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Md Yusof Husin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.54 petang dan tiba di lokasi kejadian 18 minit kemudian.

“Sebaik kami tiba, satu mayat dipercayai duduk di bahagian penumpang belakang sudah dibawa keluar oleh orang ramai, manakala bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mayat Tuan Mohd Zulhaizee yang tersepit di bahagian pemandu.

“Dua lagi mangsa iaitu kakak dan bapa mangsa dilaporkan cedera. Mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut,” katanya di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut akan diserahkan kepada pihak polis, termasuk untuk mengesan pemandu lori yang dikatakan menghilangkan diri selepas kejadian.

Md Yusof berkata, jenazah mangsa yang maut dibawa ke HTAA untuk bedah siasat. – BH Online

 

 

 

 

Related posts

Leave a Comment