Ekspo Terengganu 2018: Pelajar sekolah dominasi hadiah utama cabutan bertuah

KUALA NERUS – Sebanyak 21 pemenang cabutan bertuah diumumkan pada hari ketiga Ekspo Terengganu 2018, di sini malam tadi.

Semua pemenang diumum oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak bersama personaliti terkenal, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan.

Sementara itu, hadiah utama iaitu sebuah motosikal dimenangi oleh pelajar tahun enam, Nor Anis Nazirah Ubaidillah.

Bagaimanapun, Nor Anis Nazirah tidak hadir ketika pengumuman dibuat dan beliau akan dihubungi pihak sekretariat bagi proses menuntut hadiah.

Selain motosikal, cabutan bertuah harian turut menyediakan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti telefon pintar, barangan elektrik dan banyak lagi.

Terdahulu pelajar tahun 1 dan tahun 5 memenangi hadiah utama bagi hari pertama dan kedua.

Untuk mendapatkan keputusan penuh cabutan bertuah, sila tonton video di bawah.

Sumber: Terengganu News

Related posts

Leave a Comment