(Foto) 16 bot penambang menyusuri Sungai Terengganu sempena Hari Kebangsaan 2017

Kuala Terengganu – Sebanyak 16 buah bot penambang yang dihiasi Jalur Gemilang menyusuri Sungai Terengganu sejauh lapan kilometer di sini hari ini.

Konvoi bermula dari Jeti Nelayan Seberang Takir dan melalui lokasi tumpuan pelancong seperti Pulau Warisan, Pulau Duyong dan Taman Tamadun Islam (TTI).

Program yang masuk tahun kedua penganjurannya berjaya mengumpul penyertaan seramai kira-kira 50 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk setempat dan orang awam sekali gus memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan esok.

Turut hadir menyaksikan perarakan tersebut, Pengarah Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang Seberang Takir 2017, Dato’ Andri Aidham Ahmad Badri.

Related posts

Leave a Comment