Hakisan Pantai : Penduduk Akan Dipindahkan jika merbahayakan – MB

 

PENGERUSI Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara (KTU), A Rahman Abu Bakar menunjukkan sebuah chalet yang runtuh akibat angin kencang dan ombak yang kuat di Kampung Tanjung Gelang. - Foto Syhairah Abdullah
PENGERUSI Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara (KTU), A Rahman Abu Bakar menunjukkan sebuah chalet yang runtuh akibat angin kencang dan ombak yang kuat di Kampung Tanjung Gelang. – Foto Syhairah Abdullah

 

Penduduk sekitar Tok Jembal, Mengabang Telipot dan Tanjung Gelam yang terlibat dengan masalah hakisan pantai berkemungkinan akan dipindahkan ke kawasan perpindahan sekitar Bandar Baru Kuala Nerus

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya memahami situasi penduduk yang terlibat, sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini, sewajarnya mereka berpindah.

Katanya, kerajaan akan memastikan beberapa ramai yang terlibat untuk menyediakan penempatan baharu buat mereka.

“Kawasan hakisan akan dipulihkan sepenuhnya selepas selesai beberapa kajian yang dijalankan pihak berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengagihan Bantuan Sekolah DUN Seberang Takir di Pusat Penyelarasan DUN, Kuala Nerus, semalam.

“Mengikut perancangan JPS , untuk mengatasi masalah hakisan itu ialah dengan membina empat pemecah ombak luar pesisir, benteng hakisan terminal dan rawatan penyuburan pantai,”katanya -sumber Teganukita

Related posts

Leave a Comment