(Video) Hotel 8 tingkat 150 bilik di Tasik Kenyir bakal siap akhir 2018

Hulu Terengganu – Hotel bertaraf tiga bintang dengan jumlah 150 buah bilik sedang dibina di Pulau Poh, Tasik Kenyir dijangka siap pada hujung 2018.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata hotel berkenaan setinggi lapan tingkat itu dibina mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Katanya, hotel tersebut menelan belanja RM100 juta ringgit akan diletakkan di bawah konsortium dan dikelola oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd.

“Semua hotel yang ada di Terengganu (di bawah anak syarikat kerajaan negeri) berada dibawah satu konsortium dan hotel ini juga akan diletakkan di dalamnya”.

“Saya rasa ia tiada masalah kerana Terengganu Incorporated ini mempunyai pengalaman dalam menguruskan hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam lawatan kerja di Tasik Kenyir hari ini.

Tambahnya, Hotel ini dibina berdasarkan permintaan oleh pengunjung yang hadir ke sini .

“Sambutan yang semakin bertambah, infranstruktur juga turut ditambah baik di kawasan itu bagi keselesaan pengunjung yang akan ke Tasik ini nanti.

“Saya difahamkan akan ada banyak lagi pemaju akan mendirikan resort di sini memandangkan pengunjung dalam dan luar negara semakin bertambah setiap hari.

“Selain dari memberi fokus kepada pelancong domestik kita juga akan tumpukan kepada pelancong asing terutama dari Eropah dan China,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Razif sempat melawat Taman Tropikal dan Taman orkid di Hopping Island serta ke Resort Petang di sungai Petang sebelum membuat lawatan ke Pulau Poh. – Terengganu Times

Related posts

Leave a Comment