Kerajaan negeri bantu segera mangsa ribut – MB

Temui salah seorang mangsa di Kampung Paya Resak Marang.

Kerajaan negeri akan menbantu segera  mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana ribut di kampong Paya Resak dan beberapa tempat lain yang terlibat.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Pejabat Daerah Marang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditugaskan mengenal pasti jumlah mangsa yang terlibat dan pada masa yang sama menyalurkan bantuan kepada mereka.

Tambahnya keutamaan sekarang adalah menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira fahaman politik bagi kemudahan dan mangsa ribut.

‘Di Kampung Alur Limbat yang paling banyak rumah yang terlibat 338 buah rumah dan Bukit Payong 68 buah setakat ini yang dimaklumkan dan mungkin ada lagi yang belum dilaporkan dan saya telah minta DO Marang dan JKM mengenal pasti berapa banyak rumah yang perlu kita bantu’.

‘Saya minta tindakan segera diambil dan proses pembaikian dibuat segera sama ada menukar atap atau apa sahaja kerana kita sedia maklum dalam kesusahan begini dan perlu segera bantu mereka’.

‘Jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan kerana masih dibuat tafsiran dan Alhamdulillah kita dimaklumkan tiada berlaku kecederaan atau kehilangan nyawa dengan apa yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya dan yang penting bagaimana kita nak menyelesaikan masalah rakyat hadapi ini’.

Bencana ini kita tak boleh nak halang kerana kuasa Allah SWT dan insyaallah janji dan komitmen kerajaan untuk membantu semua rakyat yang terlibat bencana itu yang paling mustahak sekarang ini’, katanya selepas melawat rumah yang ditimpa ribut di Kampung Paya Resak sebentar tadi.

Hadir sama Setiasusaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Penyelaras Dun Alur Limbat Saiful Bahri Baharuddin dan Pegawai Penyelaras Dun Bukit Payong Mohamad Nor Endot.

Jumlah kediaman yang terjejas akibat ribut semalam mencecah 458 buah rumah termasuk di 390 rumah di Marang, 61 rumah di Kuala Terengganu dan 7 di Hulu Terengganu. – Terengganu Times

Related posts

Leave a Comment