Kerosakan Gelanggang Futsal diatas sikap kita sendiri

Kerajaan negeri memperuntutkan RM 150 ribu bagi gelanggang yang terbuka dan RM 300 ribu bagi gelanggang tertutup yang mana telah memberi manfaat kepada anak muda untuk beriadah dan bersukan.

Kesemuanya pembinaan itu dan seliaan telah dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Daerah dan ianya turut diserahkan kepada ngo-ngo tempatan bagi menguruskan perjalanan dan susunatur setiap gelanggang futsal sedia ada.

Menurut Pengerusi Belia dan Sukan negeri Dato’ Rozi Mamat sebelum ini, kira-kira 300 buah gelanggang futsal dibina di negeri ini yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

“Golongan remaja khususnya di kawasan luar bandar memang memerlukan hiburan, kita juga risau dengan peningkatan masalah sosial di kalangan generasi muda,” ujarnya.

Katanya, pembinaan gelanggang futsal itu juga adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan bidang sukan terutama bola sepak di negara ini.

Malah tambah beliau, perkembangan itu turut membantu matlamat kerajaan mewujudkan sekurang-kurangnya satu gelanggang futsal di setiap daripada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi kenyataan.

Sebagai contoh, 2 buah gelanggang terbuka di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu dimana telah diserahkan kepada ngo di kampung itu yang mana telah diseliakan oleh ngo belia dan juga J3K kampung tersebut dengan baik dan menguruskan pembaikian kecil yang ada.

Tuduhan pembangkang Terengganu dengan menyatakan pembinaan gelanggang futsal yang ada di negeri ini adalah satu pembaziran wang rakyat semesti satu tuduhan dan fitnah yang sangat berat dilemparkan kepada kerajaan BN Terengganu.

Berkaitan dengan kerosakan yang berlaku, pihak pemilik sepenuhnya pejabat daerah seluruh Terengganu juga menyerahkan kepada pengurasan ngo dikawasan yang ada gelanggang futsal berkenaan bagi pembaikian kecil yang berlaku.

Menurut Rozi Mamat yang dihubungi berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntutkan didalam bajet negeri 2018 sebanyak RM 2 juta untuk pembaikian atau baik pulih seluruh gelanggang futsal yang ada di negeri ini yang telah dilaporkan rosak akibat beberapa faktor yang munasabah.

Katanya, kerajaan BN Terengganu telah memberikan yang terbaik kepada rakyat dinegeri ini untuk kemudahan bersukan yang mana berhampiran dengan kediaman mereka sendiri.

“Jadi, gunalah kemudahan itu sebaiknya dan jagainya macam gelanggang itu sabagai harta kita sendiri” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, jika membina sesuatu projek yang memberi manfaat kepada rakyat ianya dituduh satu pembaziran wang rakyat, jadinya semua yang kerajaan buat untuk keselesaan rakyat juga dianggap satu pembaziran juga ke?, soalnya.

Maka tiada ISU pembaziran berlaku seandainya gelanggang tersebut telah member manfaat kepada ngo dan juga rakyat dikawasan yang terlibat dimana telah menggunakan kemudahanan yang disediakan kerajaan BN Terengganu itu.

 

 

 

Related posts

Leave a Comment