Kompleks sukan baharu bakal dibina di DUN Jabi

KUALA NERUS – Sebuah kompleks sukan akan dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, dalam Parlimen Setiu tidak lama lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kompleks berharga RM9 juta itu akan menjadi kemudahan untuk rakyat di sekitar kawasan berkenaan.

“Ini adalah kemudahan sukan ketiga yang akan dibina di negeri ini selain daripada sebuah velodrom di Dungun dan kompleks sukan di Telemong (Hulu Terengganu).

“Jadi diharapkan, dengan adanya kompleks ini akan menjadi dorongan kepada negeri Terengganu untuk melahirkan lebih ramai jaguh sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pelancaran Fit Malaysia Peringkat Negeri Terengganu di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Terengganu mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 25,000 peserta dan adalah antara tertinggi dalam negara setakat ini.

Related posts

Leave a Comment