MB Terengganu mahu bawa Dr Zakir Naik ke Terengganu

razifMenteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Ahmad Razif berhasrat untuk membawa Dr. Zakir Abdul Karim Naik ke Terengganu bagi berkongsi ilmu mengenai Islam dari pelbagai perspektif.

Beliau berkata, hasrat itu dinyatakan ketika bertemu tokoh perbandingan agama itu semasa lawatan kerja di Seoul, Korea Selatan hari ini.

“Saya berkesempatan bertemu dengan Dr Zakir Naik, tokoh Islam yang disegani semasa dalam lawatan kerja saya di Seoul, Korea Selatan”

“Saya turut mempelawa Dr Zakir ke Terengganu dan Alhamdulillah beliau bersetuju. In sya Allah kita akan membawa beliau ke negeri Darul Iman bagi perkongsian ilmu,” tulis beliau melalui status Facebook.

Dr Zakir merupakan Presiden Yayasan Penyelidikan Islam Mumbai, India dan pernah dinobat sebagai tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada tahun 2013.

Related posts

Leave a Comment