#PRU14Terengganu: Jailani pulang bantu BN Batu Rakit

Setiausaha Pilitik Kepada Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Jailani Ngah balik mengundi dan membantu BN di Batu Rakit hari ini. Beliau telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi kira-kira jam 3.35 petang ini di sekolah Darat Batu Rakit di tempat kelahiran dan juga dibesarkan Kampung Darat Batu Rakit . Walaupun dalam  kesibukan beliau membantu YAB Perdana Menteri semasa kempen PRU 14 kali ini, namun beliau sempat pulang mengundi bersama isteri dan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Suasana di tempat membuang undi tenang tanpa sebarang provokasi dari semua parti yang bertanding. Di N08…

Read More

Senario selepas pusat mengundi ditutup petang ini

1. Pembangkang akan mula tularkan konon nya mereka sudah menang Pru 14 sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh SPR. 2. Di waktu yg sama pembangkang akan keluarkan Borang 14 palsu konon menunjukkan kiraan di peringkat PDM mereka kononnya menang. 3. Bila SPR umumkan calon-calon yg menang pembangkang akan sebarkan fitnah SPR berpakat dengan membuat Borang 14 palsu. 4. Pembangkang juga akan ambil gambar dan tularkan konon mereka jumpa tong-tong berisi kertas undi yang kononnya dibuang oleh SPR. 5. Pembangkang akan buat repot polis konon SPR menipu dan berpakat dengan kerajaan dalam…

Read More

#PRU14Terengganu: PPBM hantar SOS, rayu pengundi keluar

PPBM merayu rakyat negara ini yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini supaya keluar secara besar-besaran. Hantaran di laman Facebook parti itu petang tadi berkata jumlah pengundi masih kurang berbanding dengan pilihan raya umum 2013. “Semua rakyat Malaysia. “Kita perlukan angka 85 peratus turun mengundi untuk memastikan BN tumbang!” Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang adalah 69 peratus. Sementara itu, bekas pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa SPR untuk melanjutkan tempoh pengundian di sebalik jam…

Read More

Gadis jadi macam zombie selepas ditikam peragut

SEORANG gadis yang mempunyai paras rupa yang cantik bertukar wajah seperti zombie selepas ditikam seorang peragut di tempat letak kereta berhampiran tempat kerja gadis tersebut di Icon City, Bukit Mertajam malam tadi. Kejadian yang berlaku sekitar 9.30 malam, mangsa Chin Huey Kei, 19, mengalami kecederaan yang teruk di bahagian pipi apabila pisau tercacak pada pipi kanannya selain kecederaan di bahagian perut dan leher. Pakaian kerja yang berwarna putih telah kelihatan bertompok merah dibasahi dengan darah mangsa. Lapor akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik…

Read More

SPR Jawab 10 Fitnah Tular Hari Pengundian PRU-14

BELUM pun habis tempoh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pelbagai fitnah dan tohmahan melulu telah timbul yang sengaja disensasikan pihak tidak bertanggungjawab bagi menyebarkan agenda jahat mereka. Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah, dalam sidang akhbar yang diadakannya hari ini tampil menjawab beberapa fitnah dan isu-isu yang berbangkit pada hari pengundian ini. Berikut merupakan 10 jawapan SPR untuk fitnah dan isu yang tular pada hari pengundian hari ini : 1. Kertas undi tidak ‘dicop’ Mungkin berlaku kesilapan di pihak petugas SPR di pusat mengundi.…

Read More

Suri rumah meninggal dunia sewaktu beratur tunggu giliran mengundi

DUNGUN – Seorang pengundi tidak sempat menunaikan tanggungjawab apabila rebah dan terus meninggal dunia ketika beratur menunggu giliran untuk membuang undi di SMK Pulau Serai, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi, mangsa, Rokiah Sulong, 54, yang beratur di saluran dua rebah secara tiba-tiba dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan beberapa minit selepas kejadian. Anaknya, Nur Zita Md Nur, 36 berkata, dia dan emaknya keluar dari rumah kira-kira jam 8.00 pagi untuk mengundi. “Ketika keluar dari rumah emak seperti biasa dan tiada tanda-tanda sakit atau tidak…

Read More

#PRU14Terengganu: Jawapan untuk 10 fitnah hari pengundian

KUALA LUMPUR 9 Mei – Pelbagai keraguan dan fitnah yang tersebar sepanjang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hari ini bukan sahaja tidak bersandarkan kepada fakta malah disensasikan bagi menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengundi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah, dalam sidang akhbar yang diadakannya hari ini, telah mengambil kesempatan untuk menjawab beberapa fitnah dan isu-isu yang berbangkit pada hari pengundian ini. Berikut merupakan 10 jawapan SPR untuk fitnah dan isu yang tular pada hari pengundian hari ini : 1. Kertas undi tidak ‘dicop’…

Read More

#PRU14Terengganu: Ahli PKR kurang ajar, langgar peraturan

KUALA LUMPUR – Beberapa jentera parti gabungan pembangkang PKR dilihat masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 2 dekat sini dengan memakai pakaian yang memaparkan logo parti pembangkang itu. Tindakan tidak bertanggungjawab itu seolah-olah sengaja mahu mencabar pihak berkuasa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memantau perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Malah ada dalam kalangan mereka tanpa segan silu atau rasa bersalah membawa pengundi masuk dan menunjukkan saluran kepada pengundi-pengundi berkenaan. Selain itu, taktik lain yang digunakan pembangkang PKR bagi meraih undi di Dewan Undangan…

Read More