Pas berjanji tutup pusat hiburan seluruh Terengganu?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah portal pro pembangkang(Pas) pada sebelah  pagi ini menyatakan bahawa Pas parti itu akan menutup semua pusat-pusat hiburan apabila berjaya mentadbir negeri Terengganu pada 10 mei ini.

Artikel yang bertajuk “Pas akan hapuskan semua bentuk hiburan” itu juga dikatakan dapat menarik sokongan golongan muda hari ini.

Menurut portal itu, Pas akan mengambil contoh sebagaimana pada yang dilakukan pada tahaun 1999 hingga 2004 yang lalu dimana semua pusat judi, arak, karaoke, dan panging wayang ditutup sepenuhnya di Terengganu.

Pada ketika itu semua rakyat dapat menerima kaedah yang telah dijalankan oleh kerajaan Pas ketika itu dan ianya satu tuntutan agama dengan apa yang dimaksudkan dalam artikel sepanjang 10 para tersebut.

Apa yang pasti kenyataan portal Pas itu terlalu ektremis dalam mengeluarkan kenyataan dimana  mungkin akan menyebabkan kegusaran kepad rakyat keseluruhan khasnya bagi golangan belia dan beliawanis negeri Terengganu.

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

 

Related posts

Leave a Comment