Pekerja di Terengganu makin bertambah bukti ekonomi bagus

KUALA TERENGGANU – Pertambahan jumlah pekerja di Terengganu membuktikan pertumbuhan ekonomi di negeri ini semakin baik dari tahun ke tahun.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmd Razif Abd Rahman berkata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerja di Terengganu pada tahun 2017 ialah 435,900 orang berbanding tahun sebelumnya seramai 428,400 orang.

“Peningkatan jumlah pekerja yang besar ini membuktikan keadaan ekonomi di negeri ini sangat bagus.

“Ia sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa rakyat Terengganu sukar mendapat peluang pekerjaan.

“Jadi, statistik ini adalah salah satu fakta selain bukti kisah-kisah kejayaan yang dicipta supaya kerajaan sedia ada ini perlu dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, di sini hari ini.

Related posts

Leave a Comment