Pertembungan air pasang dan hujan lebat sebabkan limpahan air

img-20161129-wa0102Kuala Terengganu – Pertembungan air pasang dan hujan lebat menyebabkan berlakunya limpahan air di beberapa kawasan di negeri ini terutamanya di kawasan Kuala Terengganu pagi hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mejar (PA) Amirsarafudin Zalman yang juga Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, kemuncak kejadian itu berlaku antara 9.30 pagi hingga 10 pagi menyebabkan ada kawasan yang dinaiki air.

Menurutnya, keadaan itu juga menyebabkan dua laluan di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Jalan Seriting-Merchang, Marang ditutup kepada kenderaan ringan sejak jam 10 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi, beberapa kawasan di Terengganu dilanda hujan lebat sejak malam tadi hingga lewat petang ini tetapi berdasarkan perkembangan semasa didapati kawasan yang dinaiki air pagi tadi sudah mula surut.

“Kami juga sudah membuka Pusat Pengurusan Bencana Negeri di Wisma Darul Iman ini bagi mengumpul informasi mengenai keadaan yang berlaku bagi memudahkan sebarang maklumat dimaklumkan kepada orang ramai,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Related posts

Leave a Comment