#PRU14Terengganu: Ahli PKR kurang ajar, langgar peraturan

KUALA LUMPUR – Beberapa jentera parti gabungan pembangkang PKR dilihat masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 2 dekat sini dengan memakai pakaian yang memaparkan logo parti pembangkang itu.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu seolah-olah sengaja mahu mencabar pihak berkuasa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memantau perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah ada dalam kalangan mereka tanpa segan silu atau rasa bersalah membawa pengundi masuk dan menunjukkan saluran kepada pengundi-pengundi berkenaan.

Selain itu, taktik lain yang digunakan pembangkang PKR bagi meraih undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia itu adalah dengan memandu kenderaan yang mengibarkan logo parti secara berulang-alik di hadapan sekolah tersebut.

DUN Gombak Setia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin; calon gabungan pembangkang PKR, Hilman Idham dan penyandang kerusi daripada Pas, Hasbullah Mohd. Ridzwan. – UTUSAN ONLINE

Related posts

Leave a Comment