#PRU14Terengganu: Jailani pulang bantu BN Batu Rakit

Setiausaha Pilitik Kepada Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Jailani Ngah balik mengundi dan membantu BN di Batu Rakit hari ini.

Beliau telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi kira-kira jam 3.35 petang ini di sekolah Darat Batu Rakit di tempat kelahiran dan juga dibesarkan Kampung Darat Batu Rakit .

Walaupun dalam  kesibukan beliau membantu YAB Perdana Menteri semasa kempen PRU 14 kali ini, namun beliau sempat pulang mengundi bersama isteri dan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Suasana di tempat membuang undi tenang tanpa sebarang provokasi dari semua parti yang bertanding.

Di N08 Dun Batu Rakit menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN ), PAS dan juga Pakatan Harapan (PH).

 

 

Related posts

Leave a Comment