Sebab pasukan Terengganu FC tidak bermain di Stadium Sultan Mizan

Para peminat pasukan Terengganu mempersoalkan kenapa perlawanan menentang JDT malam ini tidak diadakan di Stadium Sultan Mizan (SSM) kerana ramai di antara mereka gagal mendapatkan tiket bagi perlawanan tersebut.

Ini kerana, kapasiti SSM lebih besar berbanding Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dan mampu memuatkan lebih ramai penonton.

Untuk pengetahuan peminat, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti sendiri yang memohon dengan PBSNT untuk menggunakan SSINS sebagai ‘home’ stadium kerana beliau mahukan sorakan yang padu daripada penyokong tulen skuad Peteh.

Tiada guna bermain di stadium yang besar tetapi penyokong yang hadir boleh dibilang dengan jari.

Ini menyebabkan gema sorakan penyokong berkurangan berbanding stadium yang lebih kecil.

Lagipun, statistik kehadiran penyokong Terengganu sepanjang tahun tidak begitu membangggakan. Hanya perlawanan penting sahaja yang ramai penonton manakala bakinya sekadar 2000-3000 orang sahaja setiap perlawanan.

Bukankah itu satu kerugian kepada pasukan Terengganu

Kalau penyokong mahu Terengganu bermain di SSM, mereka perlu buktikan terlebih dahulu iaitu dengan hadir ke setiap perlawanan, bukan hanya memilih perlawanan penting sahaja.

Lebih malang, ada antara mereka yang kononnya mengaku penyokong datang setiap lima tahun sekali iaitu bila tiba musim pilihanraya sahaha.

Mereka ini tidak layak digelar penyokong Terengganu sejati. Kalau tak datang ke stadium pun tak mengapa. Pasukan Terengganu tidak perlukan penyokong ‘lalang’ sebegitu.

Untuk mereka yang gagal mendapatkan tiket, boleh menonton perlawanan secara langung menerusi TV9 atau mana-mana saluran live streaming.

Related posts

Leave a Comment