SERASI Platform Penghubung Mahasiswa Kepada Pemimpin dan Masyarakat Setempat.

Hulu Terengganu 4 Februari 2017 – Sekretariat Rakan Siswa Hulu Terengganu SERASI baru-baru ini telah mengadakan program Kembar Mahasiswa Hulu Terengganu 1.0 (KEMAH 1.0) bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang keunikan Hulu Terengganu di samping mengeratkan hubungan antara mahasiswa. Penyertaan yang menggalakkan penyertaan daripada mahasiswa Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Politeknik Hulu Terengganu dan Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu telah berjaya mengumpul seramai 150 orang peserta.

Program inisiatif SERASI dilihat sebagai platform penghubung kepada mahasiswa Hulu Terengganu bagi mendekati golongan pemimpin di Hulu Terengganu dan masyarakat setempat yang mempunyai perbezaan latar belakang. Di samping itu, program ini juga diharap dapat menanam semangat cintakan Hulu Terengganu dan agar mahasiswa dapat menabur bakti kepada masyarakat di sini.

Menurut Pengarah Program KEMAH 1.0, Muizzudin, Program ini telah mendapat sokongan padu daripada wakil rakyat-wakil rakyat Hulu Terengganu. Tambahan, beliau merasa bangga mempunyai wakil rakyat yang sentiasa prihatin terhadap mahasiswa secara langsung mendekatkan mahasiswa dengan wakil rakyat.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Jalaludin Ismail, PPD Hulu Terengganu sementera perasmian penutup oleh YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, ADUN Kuala Berang merangkap Exco Negeri Terengganu.

Related posts

Leave a Comment