SIFU Segera: Najib Assadok dilabel SIFU Temberang?

Siapa tak kenal dengan Najib Assadok? (Saya tidak kenal juga sebenarnya) Seorang tenaga pengajar dalam bidang Pemasaran Atas Talian dan Bisnes Online yang menggelarkan dirinya SIFU sebaris nama-nama tenaga pengajar atas talian yang lain. Namun lumrah segelintir manusia apabila merasakan dirinya sudah hebat dan kononnya nama sudah gah meniti dinding maya, sikap yang cenderung kepada lupa diri mula menguasai. Benarkah?

Dalam sebuah posting di laman media sosial Facebook baru-baru ini, salah seorang peserta yang mengikuti kelasnya mempertikaikan keikhlasan seorang SIFU dalam mendidik pelajar yang rata-ratanya golongan usahawan baharu yang berimpian menggandakan hasil jualan menerusi aplikasi atas talian.

Menurut peserta itu; kelas perkongsian yang dianjurkan oleh SIFU Najib Assadok baru-baru ini bertempat di Hotel D Palma Ampang  dengan harga RM100 hanyalah ‘jerat’ untuk menarik peserta supaya mengikuti kelas seterusnya dengan harga bayaran yang lebih mahal.

“Saya duduk sehingga majlis hampir habis. Tiada apa yang luar biasa yang saya dapat. Sebaliknya kelas hari ini lbh kpd hendak mempromosikan kelas insentifnya yang lbh mahal selepas ini. Kasihan para peserta. Yang rata2nya anak2 muda 20an yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Ada yang baru jual tali kasut 2 utas sahaja pun. Nak datang kelas bayar RM 100 pun berkira2. Dipukau pula ke kelas yang lbh mahal yang menjanjikan pelbagai keajaiban.”

Malah peserta tersebut turut mendakwa perkongsian oleh SIFU pada hari tersebut hanyalah perkongsian ‘biasa-biasa’ sahaja selain jauh melalut menghina perniagaan orang lain dan memperkecilkan pengguna media sosial yang gagal meraih LIKES atau KOMEN sambil berbangga menunjukkan testimoni kejayaan anak didiknya yang terdahulu sekaligus menjerat mereka supaya membayar lagi untuk hadir ke ceramah yang lebih mahal.

“Lagi satu saya perhatikan amalan perniagaan yang tidak bagus yang dia tunjukkan kpd para peniaga hari ini. Memburukkan perniagaan orang lain. Seperti mengata kpd Astro dan Hotel De Palma tempat kelas hari berlangsung. Dalam perniagaan adalah salah dari sudut etika perniagaan kita mengata kpd perniagaan atau jenama orang lain”

Sehingga artikel ini ditulis, posting tersebut telah mencapai 253 perkongsian di Facebook.

Tinjauan di laman sosial Facebook Najib Assadok mendapati SIFU itu turut dikecam netizen yang pernah mengikuti kelasnya sebagai SIFU TEMBERANG. Sebahagian besar komen-komen negatif kemudiannya didapati sudah hilang dipadamkan oleh pengendali PAGE tersebut dan segelintir pengguna mendakwa sudah disekat dari memberikan komen walaupun bersifat teguran.

SIFU ini difahamkan bakal berada di Terengganu pada minggu hadapan untuk siri jelajahnya…RM100 sebagai yuran pengenalan? Berbaloikah?

Senangnya buat duit….?

Related posts

Leave a Comment