Suami maut ketika hantar isteri ke tempat kerja (12 Gambar)

Chendor – Seorang lelaki maut manakala isteri serta dua anaknya cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Kemaman-Kuantan dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Naim maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya dirempuh sebuah Honda Accord yang hilang kawalan.

Pemandu Honda Accord tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan keretanya remuk teruk.

Sementara itu, suasana sayu menyelubungi tempat kemalangan apabila isteri dan anak-anak mangsa menangisi pemergiannya dalam sekelip mata.

Menurut sumber, mangsa bersama anak-anak dalam perjalan menghantar isteri ke tempat kerja di lokasi berdekatan.

Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, Laporan awal pemandu Honda berbangsa cina tidak mengalami kecederaan namun kereta nya remuk teruk di hadapan.

Semoga isteri mangsa dan anak-anak tabah kehilangan insan tersayang yang bergelar suami atau ayah, identiti keluarga terbabit masih belum dikenal pasti. Al fatihah

Related posts

Leave a Comment