TMJ pertahan tindakan ambil Paulo Rangel sertai JDT

Paulo Rangel ikat kontrak selama 2 tahun bersama JDT.

JOHOR BAHRU: Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tindakan Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani penyerang, Paulo Rangel adalah keputusan jurulatih, Mario Gomez dan keinginannya melihat penyerang itu menyarung jersi Harimau Selatan.

Beliau berkata, Rangel yang pernah menyertai Terengganu memiliki sentuhan penyudah berkesan dan akan digandingkan dengan Jorge Pereyra Diaz mengemudi jentera serangan JDT bagi menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.

“Paulo Rangel adalah pemain import keempat yang ditandatangani. Kenapa kita ambil dia kerana dia ada kelebihan tersendiri dan saya tahu kepada orang yang tak tahu main bola, beri macam-macam komen mengenai keputusan ini.

“Tetapi orang yang tahu main bola melabelkan Rangel pemain terbaik, malah ketua jurulatih Mario Gomez sendiri yang berpengalaman dalam industri bola sepak yang mahukan dia dan saya juga inginkan khidmat pemain itu.

“Rangel adalah seorang pemain yang sudah berpengalaman di kancah Liga Malaysia (Liga M) malah sepanjang tiga tahun bersama Perak, Selangor dan Terengganu dia sering menjaringkan gol dan tidak pernah mencipta gol,” kata Tunku Ismail. -BH

Related posts

Leave a Comment