VELODROM Dungun Mercu Tanda Kejayaan Sukan Berbasikal Terengganu

UMUM sedia maklum Terengganu adalah sebuah negeri yang banyak melahirkan bakat-bakat sukan terutama dalam sukan berbasikal yang mana telah melahirkan jogaan jaguh basikal dunia seperti Azizul Hasni Awang “The Pocket Rocketman”.

Diatas kejayaan demi kejayaan yang telah dicipta oleh anak tempatan itu maka kerajaan pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperuntutkan RM 2 juta untuk pembinaan velodrom pada 2010 yang lalu dimana velodrom tersebut untuk kegunaan latihan sahaja.

Melihat perkembangan positif pembangunan sukan berbasikal Terengganu sejak beberapa tahun kebelakangan lalu amat memuaskan maka perkiraan untuk mendirikan velodrom yang dengan peruntutkan sebanyak RM 2 juta dan ianya tidak dapat menampung sebuah velodrom yang sempurna untuk latihan serta acara sampingan.

Maka menerusi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan YB Dato’ Rozi Mamat telah membuat kertas kerja baharu bagi menambah peruntutkan yang diangkat kepada KBS dengan jumlah RM 12 juta yang mana boleh menampung pelbagai acara dan juga latihan.

Pada 2015 lalu Rozi berkata, peruntukan asal dipohon bagi membina sebuah velodrom yang hanya digunakan sebagai tempat sesi latihan kepada pelumba basikal tetapi ianya satu kerugian bagi altlet Terengganu kerana dengan pembinaan yang lebih baik ianya boleh digunakan untuk pengajuran kejohanan peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, selepas dibuat justifikasi perincian oleh pihak teknikal terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain, velodrom ini akan dibina lebih berprestij bagi membolehkan kejohanan peringkat negeri mahupun kebangsaan dapat diadakan di situ.

Maka pada 29 Mac 2018, KBS menerusi Menteri Belia dan Sukan Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaludin telah mengumumkan peruntut sebanyak RM 12 juta dan dijangka pembinaannya akan siap pada akhir 2019 ini.

Dari segi spesifikasi teknikalnya Velodrom ini akan mempunyai trek utama sepanjang 333 meter.

“Rekabentuk diambil dari rekaan “roubaix” yang membolehkan laluan masuk dari lebuhraya terus ke velodrom.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melihat rekabentuk yang terbaik untuk membolehkan perlumbaan dari lebuhraya tamat di dalam velodrom,”katanya selepas menyempurnakan acara meletak batu asas tapak velodrom berkenaan,katanya.

Jadi mengapa isu pembinaan velodrom itu dimainkan pembangkang Terengganu sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan BN hari ini mengambil kira dari aspek pembangunan fizikal, pembangunan insane dan juga pembangunan ekonomi rakyat Terengganu dimana akan menerima manfaatnya nanti.

Related posts

Leave a Comment